Cinta Layang-Layang

>> 25 March 2010

Mungkin ramai dah lihat. Sekadar ingin berkongsi buat peringatan untuk kita semua. Gambar-gambar yang diambil oleh seorang jurufoto ini telah melariskan jualan akhbar di Perancis pada hari ia disiarkan.

burung layang-layang
Salah seekor burung layang-layang terlantar di atas jalan raya, antara hidup atau mati kerana dilanggar oleh sebuah kereta ketika ia terbang rendah.

burung layang-layang
Si burung yang terselamat datang menghantar makanan kepada pasangannya itu dan menemaninya dengan penuh setia dan kasih sayang.

burung layang-layang
Ia sekali lagi terbang mendatangi pasangannya membawa makanan, namun terkejut kerana pasangannya itu telah mati. Ia cuba menggerak-gerakkan pasangannya, situasi yang jarang dilihat dilakukan oleh seekor burung atau binatang sepertinya.

burung layang-layang
Menyedari pasangannya sudah tidak bergerak dan tidak akan kembali lagi, ia mengeluarkan bunyi seolah-olah sedang menangisi pemergian itu dengan hiba.

burung layang-layang
Ia berdiri di sisi pasangannya yang sudah tidak bernyawa, merasa sedih dengan pemergian itu.

burung layang-layang
Akhirnya, ia menerima hakikat bahawa pasangannya itu telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.

Begitulah kasih sayang yang Allah ciptakan antara sesama makhlukNya. Pastinya burung yang ditinggalkan pasangan itu, hidupnya menjadi sepi...kita, manusia???

4 komen:

paie.zah 8:16 PM, March 25, 2010  

agak touching la siket :)

Siti Shuhadah Zainol 9:49 AM, March 27, 2010  

huhuhu... touching sungguh... binatang pon ade hati dan perasaan kan...

Zny 9:19 PM, April 20, 2010  

huhu...giler sedih la...nak nangis tgk burung nie...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP