Beliau datang lagi…

>> 07 April 2010


Dalam surat tulis pukul 9 pagi. Aku tunggu kat receptionist dekat setengah jam tapi kemunculan BELIAU tidak juga kelihatan. Meeting room dengan sedikit makanan free telah ditempah. Di mana BELIAU???
Pastu lak berbunyi suara suruh aku telefon BELIAU. Aku pun telefon la BELIAU menggunakan Sony Ericsson C903 aku. Tapi yang ada cuma no telefon pejabat je. Tak mungkin BELIAU bawa telefon pejabat pergi tempat lain. Papepun aku cuba je dulu sebab orang cakap usaha tangga kejayaan. Panggilan aku dijawab dan aku dimaklumkan bahawa BELIAU dalam perjalanan ke tempat aku. “Mungkin lewat”… kata si penjawab telefon.
Hatiku mengatakan BELIAU tak datang kot or may be sesat sebab jam sudah menunjukkan pukul 3 petang. Tiba2 satu panggilan diterima… “yang, lecturer awak on the way ke receptionist ni” (aku pun tak pasti gejala apa yang dihadapi oleh kak receptionist sebab tiba2 dia panggil aku ‘yang’). hmmm… macam mana ni??? Meeting room orang lain dah guna. Makanan free sudah habis dibaham… Layan je la BELIAU kat receptionist.
Tak sampai 5 minit aku tunggu kat receptionist tu, BELIAU pun tiba. Seorang lelaki berbadan agak gempal disertai janggut ala2 tok guru. huhu… rilek je BELIAU aku tengok. Kami duduk atas sofa kat situ. Pastu BELIAU membelek-belek buku log aku. Selepas berjumpa dengan supervisor aku, kami sempat berbual-bual sebelum BELIAU berangkat pergi 15 minit kemudian. BELIAU tidak seperti yang aku pikirkan sebab BELIAU bagi markah full untuk pemantaun ni. Terima kasih BELIAU.

2 komen:

miSs tEry 9:21 PTG, April 07, 2010  

wah full mark...gila baik beliau...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP