Cuti 3 Hari

>> 29 April 2010

erm...1 mei hari buruh. semua orang pun tau. tambah lak orang yang sudah bosan dengan kerja yang dia buat kat office macam aku ni. keinginan untuk cuti tu memang tinggi. 1 mei tahun ni jatuh pada hari sabtu. disebabkan hari sabtu sudah memang dicutikan, so hari jumaat digantikan untuk cuti buruh. kira esok la tu. tambah tolak, cuti menjadi 3 hari...

erm...bagi aku cuti 3 hari tu kira lama dah tu. cukup la kalau nak lepas gian dekat kampung aku. dalam hati memang teringin sangat nak balik ni. rindu untuk duduk atas kusyen rumah sambil tengok game manchester united  lawan pasukan-pasukan lawan. pastu rindu nak tengok baby-baby ayam yang baru menetas. lagi lak kat rumah aku ada anak monyet (sekarang ni taraf belia dah kot). sudah lama tak hisap rokok dengan beliau. tapi beliau tengok je la. beliau tak boleh hisap. nanti silap-silap boleh kena kanser payah lak. siapa lagi nak teman aku hisap rokok kan???

erm...tapi motor kriss 110 warna biru tu lak menjadi penghalang. kena tukar tayar dulu baru aku rasa konfiden untuk sampai rumah di kampung dan untuk kembali ke sini. kalau tak kompem buat hal punya la. tiga kali aku balik kampung dari balok ni mesti buat hal. sekali terbabas, dua kali tayar pancit. nasib baik abang aku ada belas kasihan datang tolong. tapi dia dah pesan dah kat aku time tu, lepas ni kalau jadi lagi belajar buat sendiri. maknanya aku kena prepare tube spare sekali dengan pump. oh tidak!!!

erm....so aku ambil keputusan cuti 3 hari ni untuk stay kat sini. tak payah balik kampung sebab kompem-kompem suey tu akan datang. bengong aku! sampai tahap macam tu sekali pikir. tapi betul gak tu. trauma ma...bayangkan, tengah naik motor sorang-sorang, pastu tiba-tiba tayar pancit, hari pula semakin gelap dan cahaya lampu kenderaan sudah mula dinyalakan. aku sudah serik terkapai-kapai dibahu jalan ditemani nyamuk dan sound effect persekitaran. huh...

papepun. kalau nak balik kampung gak kena tukar tayar dulu. sudah uzur sangat dah tu.  sementara 3 hari ni, marilah menikmati pemandangan pantai balok dan pasaraya eng hong. selamat bercuti!!!

jap-jap, papepun ridu kat family aku. kenapa la tak state kat atas tu. macam sayang lebih kat monyet dah ni. bengong lagi sekali!!!


time 1st time pancit dulu. dekat dua jam gak aku kena tunggu abang aku sampai. papepun, kena la prepare awal-awal pasni...

7 komen:

hazila 8:10 PM, April 29, 2010  

banyak fikir bagus juga tapi kadangkala menyusahkan fikiran..STOP dan cuba pi buat keja lain,nanti pikir balik

APAN 11:02 PM, April 29, 2010  

huhu...tapi bila nak buat mende tu balik kompem2 kita akn terpikir balik kan????
:)

paie.zah 12:55 AM, April 30, 2010  

ak baru nk tny 'ko xrindu family ko ke?'
nasib ko bgtau kt last2 tu :D

nurasila 6:19 PM, April 30, 2010  

huh!!!!m0nyet...
tbe2 sy tingat mila..seekor monyet gk..
tp gtl...hikhik....

tp sib bek awk bkn ingt monyet jep..sib bek ingt family awk gk...huhuhu

APAN 6:24 PM, April 30, 2010  

mila???cm female je tu....
kalo x boleh dipinangkan dengan monyet saya.haha...

nasib baik.kalo x baik cmne la tu....:)

alifzikri 5:25 PM, January 14, 2011  

ni gambar motor racing ke apan? spoket 28 ea? hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP