AKU di-REJECT

>> 19 June 2010

Erm...dengan rasminya, di sini aku nak maklumkan yang aku baru habis praktikal semalam iaitu pada tarikh 18 Jun 2010. Biarpun aku tak boleh sesuaikan diri mana dengan suasana dalam company tu selama 6 bulan ni, tapi rasa sedih tu tetap ada ma. Ditambah lagi dengan majlis perpisahan yang dibuat pada jam-jam terakhir hari tersebut. Sempat juga (diwajibkan) memberi ucapan sambil terketar-ketar time tu...

Aku dimaklumkan juga bahawa semalam merupakan tarikh yang ditunggu-tunggu oleh semua pemohon lepasan STPM/setaraf untuk menyemak keputusan permohonan mereka untuk sambung belajar di institusi kerajaan.  Aku juga merupakan salah seorang daripada berjuta-juta pemohon tu (berjuta ke?). Pada awalnya pun aku lupa gak, tapi nasib baik ada membe tolong ingatkan. Jadi, aku pun cek jugalah keputusan permohonan aku selepas majlis perpisahan tu...

Dan...samalah macam tajuk tu...


Aku gagal untuk menempatkan diri aku dalam kalangan mereka yang berjaya. Dukacita! Tapi boleh buat rayuan lagi tu. Haruskah aku? Ermm...dan aku mungkin mengambil keputusan untuk tidak merayu kerana...entah!...Memang malas nak merayu ma. Teringat gak amalan aku ketika ingin menyetelkan urusan permohonan ni. Aku hantar permohonan ni pada tarikh akhir. Samalah macam permohonan UniKL aku baru ni. Bodoh! So, pihak yang bertanggungjawab tidak perlu menjawab sebab salah aku.

Satu-satunya harapan aku ketika ni ialah untuk inteview kerja pada hari Isnin ni kat Nilai, Negeri Sembilan. Harap-harap rezeki aku ada la kat sana. Kepada sahabat yang baik hati, doakanlah sikit-sikit untuk aku. Buat baik amalan mulia...

Dan lagi...mungkin aku akan cuti daripada aktiviti berblogging ni untuk sementara waktu kot sebab aku balik kampung lepas ni. No connection! Walaupun kampung aku belum mencapai kemajuan seperti New York dan Las Vegas tuh, namun aku tetap berbangga menjadi anak kampung tu...

Selamat!

13 komen:

husna 1:01 PM, June 19, 2010  

apply rayuan... for your future..
it's for the best..

+dieabella+ 1:17 PM, June 19, 2010  

wat jela rayuan..xrugi pape pon..mne tau dapat..who knows..kte yg tentukan mase dpn kite k..

Caroline Ng May Ling 2:06 PM, June 19, 2010  

go for it! try it again n again n am sure u're gona get it ! =D

Cheer up and lucks to u yea. =D

Yua Zawa 8:26 PM, June 19, 2010  

bro, buat la rayuan...
pe2 pon gdluck tuk intrview yaa.. wish u ol d bez =)

Gee 10:40 PM, June 20, 2010  

htr rayuan lgi...no harm trying kan...all the best n gud luck :-)

Hisyam Muhibah 9:10 AM, June 21, 2010  

Ye, buatlah je lah rayuan tu.. benda yang kita suka belum tentu baik untuk kita, benda yang kita tak suka belum tentu tak baik untuk kita

daisy 11:52 AM, June 21, 2010  

jom balik kampung hilangkan tension

zee 1:17 PM, June 21, 2010  

insyaAllah adela rezeki tu :)

eqa 6:53 PM, June 21, 2010  

laa..npe xnk bt rayuan plak..
jgn mudah berputus asa :)

ninie_azriena 11:36 PM, June 24, 2010  

gud luck yer..jgn mudah putus asa,,mgkn blom ader rezki..

AkuMuzikFilem 11:02 PM, March 21, 2011  

yeah. bangga jadi anak pahang!

Eyesha Zaidin 4:34 PM, March 21, 2012  

sama la...kadang2 nek bosan jugak nak wat rayuan je..ermp!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP