STADIUM PIALA DUNIA dan JADUAL LENGKAP PERLAWANAN untuk PIALA DUNIA 2010

>> 31 May 2010

walaupun aku bukan pemain bola sepak yang baik dari pelbagai aspek tapi minat aku terhadap bola sepak agak mendalam. senang citer aku ni kaki bangku. haha...tapi macam aku tulis tadi, football is my favourite game. tak pandai main dapat tengok orang main pun puas dah. dan aku selalu tengok kelab bola sepak kesukaan ramai, manchester united sebab aku salah seorang penyokong man u. erm...tapi team pahang pun aku support gak cuma tak mendalam mana la. lantak la...jadi, dengan ini aku nak kongsi infomasi penting for the upcoming world cup nanti. layan je la...



Stadium Green Point in Cape Town
Capacity: 70 000
One of the few new stadiums built for the World Cup 2010, was named after the suburb in which it is located. Built on the site of the old stadium of the same name, a new "Green Point" is situated at the foot of Signal and has a short passage from the coast.
(Gianluigi Geurcia, Stephane De Sakutin / AFP - Getty Images)

The stadium "Nelson Mandela Bay", Port Elizabeth
Capacity: 49 500
New high-tech stadium opened June 7, 2009. The first sporting event held here June 16, 2009 - it was a match of rugby.
(2010 FIFA World Cup OCSA via Getty Images)

Stadium Ellis Park Stadium, Johannesburg
(also known as "Coca Cola Park")
Capacity: 60,000
First built in 1928, this stadium for rugby was demolished and rebuilt in 1982. It is named in honor Dzh.D.Ellisa - Board member of Johannesburg. It is home stadium of FC "Orlando Pirates".
(AFP - Getty Images, Duif du Toit / Gallo Images for 2010 FIFA World Cup OCSA)

Stadium Loftus Versfeld, Pretoria
Capacity: 50,000
Originally built in 1906 and significantly updated in 1977, the stadium has undergone minor changes since then. It is named after Robert Owen Loftus Versfelda, who according to legend, organized in Pretoria to football. Here trains FC "Sundowns". 
(Alexander Joe / AFP - Getty Images)

Stadium Mbombela, Nelspruit
Capacity: 40,000
The brand new stadium, built specially for the 2010 World Cup. Despite the strike the workers and the problems with the ground, the stadium is ready to receive guests. To give the stadium an African atmosphere, all the seats were painted in a zebra pattern.
(Stephane De Sakutin / AFP - Getty Images)

Stadium Free State, Bloemfontein
Capacity: 45,000
Originally built in 1952. Then, to the Confederations Cup in 2009, has been updated. In anticipation of CHMF 2010 in South Africa is massive urbanization.
(Stephane De Sakutin / AFP - Getty Images)

Stadium Peter Mokaba, Pietersburg
Capacity: 40,000
The stadium was built on the site of an existing sports complex. It is named in honor of Peter Mocabee - a political activist during the apartheid era and a member of the African National Congress.
(Stephane De Sakutin / AFP - Getty Images)

Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg
Capacity: 42,000
Built in 1999, the stadium is named in honor of the people of the tribe Bafokeng Stadium. To satisfy the standards of the stadium World Cup 2010, there were some changes made.
(Stephane De Sakutin / AFP - Getty Images)

Stadium Moses Mabhida, Durban
Capacity: 70,000
This stadium was built specially for the World Cup in 2010 at the site of the old stadium "Kings Park", demolished in 2006. The stadium has an arch, similar in design to the new stadium "Wembley Stadium". The stadium is named in honor of the Secretary General of the South African Communist Party. 
(David Rogers / Getty Images, Alexander Joe / AFP - Getty Images)
 
 Stadium Soccer City, Johannesburg
Capacity: 94,700
Built in 1987, the first international stadium in South Africa is the largest among those that will host matches of World Cup 2010. This stadium is "seen" the first mass rally since the release of Nelson Mandela. At this stadium will take the first game and the final. Among the major changes: an increase in the upper tier to add seats and add 99 more suites (in the general account at the stadium suites, 184). 
(Alexander Joe / AFP - Getty Images, 2010 FIFA World Cup OCSA via Getty Images)

okeh...yang berikutnya ni lak jadual lengkap perlawanan. lengkap sekali timing lagi. tapi kena download la. nak download kat mana? download di SINI. enjoy!!!

If Mr. Bean...

>> 30 May 2010

If Mr. Bean Had A Baby

If Mr. Bean Was In Avatar

Perempuan Takpe, Lelaki???

>> 28 May 2010

mereka...perempuan dan lelaki. masing-masing ada kelakuan sendiri depan orang lain. ada orang kisah dengan kelakuan mereka tu. ada orang wat dono je. betul ke?

aku selalu tengok. orang perempuan yang jalan bersama-sama untuk ke destinasi tertentu sambil berpegangan tangan. aku rasa orang tak pikir bukan-bukan. bila tiada pemikiran bukan-bukan maknanya tiada jugalah pandangan berunsur kepelikan...

aku jarang tengok. orang lelaki jalan bersama-sama untuk ke destinasi tertentu sambil berpegangan tangan. terutamanya lelaki mesia. dan aku pasti orang akan pandang pelik kat mereka yang berperilaku sedemikian. tapi, aku tengok orang asing especially mat-mat bangla selamber je mereka berpegang tangan lelaki dan lelaki. mereka tak kisah pun sebab orang kita sendiri pun tak kisahkan mereka...

aku pernah tengok. orang perempuan yang duduk semeja di sebuah kedai makan berkongsi minuman menggunakan penyedut air berlainan. maksudnya, segelas air dan dua batang straw. orang lain tak kisah pun...

aku tak pernah tengok. orang lelaki yang duduk semeja berkongsi minuman macam orang perempuan di atas tu. dan yang aku pasti orang lain akan pandang pelik kat pasangan lelaki tu. tak percaya? try pergi buat...

kenapa begitu? or may be pemerhatian aku yang salah kot. terus terang aku cakap aku rabun. haha...dan mungkinkah aku akan berpegangan tangan dengan member-member sejenis selepas ni? mungkinkah aku tak kisah kalau berkongsi minuman dengan lelaki perkasa? ah...tidak sama sekali. memang hidup macam tu kot. aku tak berani nak pecah tradisi. haha...

LELAGU : Superman Is Dead - Cerita Semalam


LIRIK : Superman Is Dead - Cerita Semalam

Bangun di siang hari
Merasa bosan dan tak peduli
Lelah habiskan malam
Kencani bintang yang tak pernah sepi


Dan radio, kau bernyanyi
Indahnya dunia ini
Rutinitasku memanggil
Lewati bosannya hari!


Sudah jam 7 malam
Saat yang tepat, pesta kan kumulai
Liar dan penuh dengan
Pikiran kotor yang tak terkendali


Dan radio, kau bernyanyi
Indahnya dunia ini
Alkohol pun memanggil
Kini ku tak perlu teman!


Reff:
Kesenangan malam ini, hanya tuk sembuhkan diri
Yang terluka oleh dunia yang teramat palsu
Kemanpun ku melihat, ada jiwa yang tersesat
Mawar merah yang terinjak, t’lah membakarku


Lipstik dan lika ini,
Membekas liar hiasi tubuhnya
Juga wanita cantik
Ber-make up tebal, kukecup bibirnya


Kumenangis dan tertawa,
Apa yang telah kulakukan
Bicara tentang cinta, oh haruskah?


To Reff:


Kadang ku mencoba, tegar menghadapi
Bodohnya dunia, masyarakat kita
Dan semuanya gila!
Dan semuanya gila!
Dan semuanya gila!
Dan semuanya gila!


Kesenangan malam ini, hanya tuk sembuhkan diri
Yang terluka oleh dunia yang teramat palsu
Kemanapun ku melihat, ada jiwa yang tersesat
Mawar merah yang terinjak, t’lah membakarku


Yang t’lah membakarku
Yang t’lah membakarku
Yang t’lah membakarku
Yang t’lah membakarku

DIPLOMA AKU

>> 27 May 2010

Aku sekarang ni dalam proses-proses akhir untuk dapat diploma aku. Dilemanya sekarang ni samada kerja atau sambung belajar. Kalau sambung belajar, aku memang ada apply. Itu pun semuanya last minit. Macam mana nasib nanti pun tak tahu la. Kalau kerja, aku tak mungkin diserap company tempat aku praktikal. Berbanding dengan kawan-kawan lain, mereka banyak dapat tawaran untuk terus kerja daripada company tempat mereka praktikal. Aku ada apply gak kerja kat tempat lain. Menurut khabar yang diterima daripada seorang membe yang menolong untuk mendapatkan kerja tu, kemungkinan besar aku boleh dapat. Berharap je la sekarang ni...

Dalam family aku sekarang ni pun abang aku ada diploma je. Aku tengok dia macam tak berapa cerah je hidup. Cukup-cukup untuk tampung diri sendiri beli rokok. Nasib baik stay dengan mak aku kat kampung. Makan minum automatik dah free. Kepada adik-adik aku, harap boleh potong pencapaian abang aku tu. Belum ada dalam family aku lagi yang ada degree. Aku??? Macam tak berminat untuk mendapatkan degree tu. Tapi bila tengok abang aku hidup macam tu, rasa macam was-was lak untuk berharap kat diploma ni...

Perodua Viva Tertusuk Pembahagi Jalan

>> 24 May 2010




Sekali pandang gambar yang atas sekali, agak sukar untuk aku percaya. Jarang dapat tengok kemalangan macam ni. Kuat betul divider tu. Barai habis si Viva. Gayanya pemandu macam selamat tapi malang rasanya kalau ada penumpang di hadapan atau di belakang.

Tak nampak darah. Mungkin tak serius mana. Jangan pandang rendah kekuatan divider Malaysia lepas ni. Kan elok kalau teknologi macam tu digunakan dalam pembuatan kereta tempatan. huhu...

Sepatutnya...Sudah Habis

>> 22 May 2010

erm...dah lama rasanya tak tulis pasal aku praktikal. yang penting minggu depan aku cuti seminggu. sudah diluluskan oleh supervisor aku yang baik hati. so, tak payah masuk office dan mem-busy-kan diri buat kerja. nasib baik dapat cuti seminggu. tak payah berkejar-kejaran nanti. cuma malang sikit la. elaun aku kena potong sebab cuti tu. lebih kurang dalam 100 gak la. tapi biarkan itu semua, aku rela. haha...

hari isnin ni, 24hb Mei aku kena present latihan industri kat kolej. report boleh dikatakan sudah siap sepenuhnya. cuma powerpoint je tak buat lagi. esok sempat lagi kot...sepatutnya pun lepas aku present ni aku tak payah nak masuk office dah. kalau ikut syarat kolej aku, semalam, 21 mei semua pelajar dah habis latihan industri. tapi nak buat macam mana. aku dah sain kontrak 6 bulan kat company tu. kena pikir positif je la...

walaupun aku dah pikir posif sebaik mungkin, aku still tak puas hati gak. nape la dorang yang lain boleh habis awal. tak adil betul. sebab keje aku kat office skang ni pun kebanyakannya dah habis. tak kan asek nak wat documentation je. bosan ma...kalau nak main internet lak bukan sepanjang masa clear. mesti je ada gangguan daripada pihak-pihak tertentu. lagipun tak feel mana online kat office. tak tenteram. haha...

diharapkan, pembentangan nanti berjalan lancar. cuak tu tak rasa lagi. yang aku tau nanti, kemungkinan semua lecture fakulti aku akan mendengar dan menembak pelajar yang present nanti. tu la masalah skang ni. tah dorang boleh terima ke tak la apa yang aku bentangkan nanti. lantak la. aku dah buat yang terbaik time praktikal ni. nak buat semua macam dorang nak memang tak boleh la. sebab aku adalah aku. aku bukan dorang....

dah la tu...selamat!!!

Mereka Memilih JUDI Daripada ROKOK!!!

aku dapat tau yang mereka ni dah luluskan lesen judi sempena Piala Dunia 2010 ni nanti. lesen tu diberikan kepada Kumpulan BERJAYA. menurut apa yang aku baca, kumpulan ni la pemilik kepada kedai-kedai pertaruhan TOTO.

erm...apa masalah mereka ni? terdesak sangat ke sampai sanggup ambil keputusan nak bagi lesen judi? macam la dah tak de alternatif lain. pelik...

apa yang aku baca lagi, kalau kerajaan tak bagi lesen perjudian ni pun, kegiatan perjudian tetap berlaku. so, kalau dah bagi lesen ni, kira pihak berkuasa boleh kawal la kegiatan penjudi-penjudi ni. kononnya boleh mengurangkan perjudian haram dengan adanya perjudian halal ni. padahal haram gak tu...

kalau lah mereka cakap mereka akan gunakan keuntungan daripada aktiviti haram ni untuk pembangunan sukan, aku tak boleh terima. aku pernah dengar dulu isu penajaan syarikat rokok untuk bola sepak Mesia ni. ada pihak mencadangkan supaya penajaan daripada syarikat rokok diterima semula. tapi mereka tak terima cadangan tu. mungkin sebab mereka sibuk dengan kempen berhenti merokok. kalau mereka terima mesti kena kutuk.

tapi bagi aku, kalau terima penajaan syarikat rokok tu lagi elok daripada bagi lesen perjudian ni. terang-terang judi tu dah haram dalam islam tu sendiri. biarpun kononnya umat islam tidak dibenarkan untuk pertaruhan ni nanti. tapi boleh percaya ke tu? mereka buat kempen berhenti merokok pun still orang beli rokok. so, situasinya sama di sini. kenapa perlu pilih jalan yang macam tu?

mereka kononnya bangga Mesia ni sebagai sebuah negara islam contoh. dapat hidup aman je dalam satu negara yang pelbagai kaum. tapi apakah ini? macam ni ke cara nak bangga?

aku pun pikir gak, mereka ni buat keputusan mesti atas perbincangan dengan orang-orang yang bijaksana dalam bab ni. tapi siapa golongan bijaksana tu? ke hanya pada nama je....

hmmm....pendapat aku je. kalau ade salah tegur. nak bace lebih lanjut? sila ke laman web malaysiakini. huhu...selamat!!!

LELAGU : The Lipstik - Bercanda Di Malam Indah

LIRIK : The Lipstik - Bercanda Di Malam Indah

masih ingatkah dikau kita bercanda
dimalam itu hanya kita berdua
masih ingatkah dikau bintang tersenyum mesra
melihat tingkah laku kita...


masih ingatkah dikau kita berdansa
mengikut rentak dan irama
masih ingatkah dikau kita bercengkerama
ditemani pelangi indah


tapi itu semua tak pernah kekal lama,
pergi jua kau akhirnya,
kepulangan kekasih lamamu,
merubah cerita cinta kita...


tapi itu semua tak pernah kekal lama,
pergi jua kau akhirnya,
kuterpaksa mengundurkan diriku,
demi cinta dikau & dia...


bercanda di malam indah
bercanda di malam indah...

Anak Derhaka Palsu

>> 20 May 2010


Pernah tengok video di atas? Video ini pernah popular di zaman aku muda remaja. Ada pembongkaran menarik mengenai video ini sebenarnya. Kalau nak tahu, saksikan pula video di bawah.

Perempuan Cantik

>> 19 May 2010

lelaki dan perempuan. bagi lelaki, masing-masing mahukan pasangan mereka itu cantik. aku tak percaya sangat kalau mereka cakap muka tak penting, yang penting hati. boleh percaya ke tak la kalau orang cakap macam tu? harap-harap apa yang mereka katakan tu keluar dari sudut hati. bukan kerana ikut cakap orang semata-mata.

cantik di mata aku tak semestinya cantik di mata orang lain. ada orang bila aku cakap itu cantik, mereka cakap itu standard biasa je. bila mereka cakap yang ini cantik, aku tengok tak ada apa yang cantik sangat pun. so, cantik itu subjektif. lain orang lain pemahaman dia tentang cantik.

aku selalu tengok mereka-mereka ni, mereka berkepit macam pasangan bahagia. tapi aku tak nampak apa yang cantik pada si perempuan tu. tak mungkin si lelaki tersebut nak berkepit dengan perempuan biasa-biasa je. mesti dia nak berkepit dengan perempuan cantik. so, cantik di mata lelaki tu tak semestinya cantik di mata aku.

bagi aku lagi, bukan semua orang boleh declare seseorang perempuan tu cantik. ada yang tak sanggup nak bagi gelaran cantik tu sebab mata dia tak boleh menerima kecantikan perempuan tersebut. nak buat apa lagi? dunia memang macam tu. penuh dengan pemerhati walaupun mereka yang memerhati pun turut diperhatikan juga.

kepada mereka-mereka sekalian, jangan terlalu merendah diri sangat. dan yang penting sekali, jangan terlalu gedik bila anda ingat anda cantik. seperti yang telah dinyatakan di atas, cantik itu subjektif. tapi kalau ada sikap merendah diri tu lagi bagus daripada terlalu over konfiden.

sama je la kalau lelaki pun. lebih kurang gak. tak kan awek-awek nak kuar dengan orang muka pecah rumah. kalau muka pecah rumah sekalipun, kat hati awek tu mesti dia cakap muka kita suci je. agaknya la...

Kisah Nak Balik Awal

>> 17 May 2010

Seorang Boss entah macam mana mood dia memang baik sungguh pada suatu hari tu. Sesiapa yang nak minta balik 5 jam lebih awal hari ni dia bagi. Tapi alasannya hanya satu jer boleh guna.

Haaa! Alasannya mestilah pasal sembahyang SAHAJA! Tau-tau macam tu ader 4 orang pekerja bawahan datang berjumpa dengan Boss ni.

Mula-mula seorang kerani biasa;

Kerani : Boss, buleh saya pulang awal? Saya balik nak solat kat rumah boss, leh tak?
Boss : Tak boleh!!! Kat sini kan ader surau, sembahyang jemaah lagi banyak pahalanya!

Kemudian, datang pula seorang supervisor;

Supervisor : Saya bulih balik awai kut Boss?
Boss : Hang apa pasai??
Supervisor : Saya nak balik tengok anak saya sembahyang Zohor ke tak? Ntah-ntah dia ponteng…
Boss : Tak boleh balik, hang telefon saja bini hang suruh dia tengok!

Pengurus syarikat pula mencuba nasib;

Pengurus : Boss!
Boss : Ha, pasal pulak ni?! Nak balik awal gak ker?
Pengurus : Errrrr!! Yer boss! Boss baik!! He!He!He!
Boss : Alasan apa lak ngko nie?
Pengurus : Saya nak balik sembahyang orang mati…Ada orang kampung saya ninggal pagi tadi, nak sembahyang jenazah…! Boleh kut boss yer pulang awal?
Boss : Tak bolehhh!!! Itu Fardhu Kifayah jer! Orang kampung lain yang ramai tu boleh sembahyangkan. Doa kat sini pun boleh!! Dah! Pergi buat kerja!

Tiba pula giliran Mat Peon;

Mat Peon : Boss! Saya nak balik awal boleh tak?
Boss : Naper?
Mat Peon : Isteri saya telefon, dia kater dia dah boleh sembahyang!
Boss : Yer ker??? Ha! Kalu gitu awak baliklah…Kesian awak dah seminggu nunggu!!!
Mat Peon : Ima Acih Boss!!! Wahahahahahahah!!

Man And Woman

>> 15 May 2010

The man discovered COLOURS and invented PAINT,
The woman discovered PAINT and invented MAKEUP.

The man discovered the WORD and invented CONVERSATION,
The woman discovered CONVERSATION and invented GOSSIP.

The man discovered AGRICULTURE and invented FOOD,
The woman discovered FOOD and invented DIET.

The man discovered FRIENDSHIP and invented LOVE,
The woman discovered LOVE and invented LOVE TRIANGLES.

The man discovered TRADING and invented MONEY,
The woman discovered MONEY and invented SHOPPING.

Thereafter man has discovered and invented a lot of things...
While the women STUCK to shopping...

'Anu' Dalam Botol

>> 13 May 2010

 
hmmm...how to start ni? harap-harap semua faham la apa itu 'anu' dan 'anu' itu apa. kalau korang tak tahu mende apa itu, sila rujuk kepada pihak-pihak berwajib! sebagai seorang yang kadang-kadang berpemikiran ala-ala kuning campur hijau ni, aku tertarik dengan satu judul filem ni. made in malaysia lak tu. rasanaya belum ditayangkan lagi dan coming soon masuk panggung. rasanya la...

filem ni dihasilkan oleh seorang wanita yang bernama Raja Azmi. aku tak kenal pun beliau ni. bila dapat info pasal filem ni baru kenal dengan pembikin yang dikatakan kontroversi ni. beliau ni juga merupakan isteri kepada bekas pemain badminton kebangsaan, Jailani Sidek. kalau husband beliau aku kenal la...kononnya, filem ni adaptasi dari kisah benar seorang sahabat beliau. tak tau la kebenaran info tu....

Aku Anak Angkat?

>> 12 May 2010

beginikah dunia? kehidupan yang aku tempuhi selama ini hanya sandiwara mereka semata-mata? kenapa aku yang menjadi mangsa? drama-drama yang hanya aku saksikan di kaca televisyen selama ini turut menimpa diriku jua. oh...sungguh berat untuk aku menanggung semua itu. namun apakan daya. nasi sudah menjadi bubur. adakah cukup setakat ini sahaja riwayat hidupku? aku sudah serik...

erm...1stly nak cakap (tulis) ayat atas tu memang agak celaka sikit. kalau korang rasa ada celaka banyak aku terima je...

erm...tapi faktanya pun lebih kurang macam tu la. aku ni anak angkat. yang men-declare perkara tersebut pun mak angkat aku sendiri. aku pun tak sure macam mana rancangan angkat-mengangkat ni berlaku. yang pasti semuanya secara kebetulan. haha...

title aku sebenarnya hanya sebagai seorang penyewa bilik di rumah ini. and then, tiba-tiba berubah. time tu ada tetamu datang rumah, aku ni pun duduk sekali la dalam area perbincangan mereka tu. si tetamu bertanya kepada aku..."yang ni siapa pulak? anak juga ke?" aku jawab la aku bukan anak dia. just sewa bilik je kat dalam rumah tu. tapi lepas tu, terus tuan rumah cakap aku ni ANAK ANGKAT. haha...tak boleh bla bila aku dengar time tu. tapi tak de la aku nak gelak time tu. nanti menjatuhkan martabat keluarga angkat aku lak. haha...

erm...bila dah macam tu ok gak la bagi aku. boleh dapat makan free selalu. pastu sewa tak naik sebab satu family dah konon-kononnya. tapi rasa bersalah lak kat family aku yang tak terangkat tu (keluarga kandung la) sebab aku dengan dorang wat macam ada tak de je. time terdesak baru mencari. time tengah boleh survive, khabar sepatah haram pun tak tanya. ada hati nak angkat-mengangkat lak. hmmm...lantak la. aku memang macam tu. suey...

LELAGU : Superman Is Dead - The Broken Song

>> 11 May 2010


LIRIK : Superman Is Dead - The Broken Song

I look up the sky it’s nothing there could make me smile
And the moon is dark it’s time to let you go
The scratches in my heart I know it’s real but feel so fake
I could never…

Cos when I look back so many things I should regret
My insecurity won’t dry to pull you down
All this things surrounding me is never compromise
Bring the devil get outta my side

This broken heart and broken life
I’ve made it all no turning back
Now should I stay here with no lights
Or should I go for one last try

The brighter side of me is grey so hard to make it white
And the reasons just completely out of sight
I’ll come back and try when I know I’m a better man
Then again that will never come true

I wonder why we say good bye
Wonder why I fucked up everything
And just today I’ve found it why
Like they say some was born to lose

Mengaku Guna Botox...Tanpa Rasa Bersalah

>> 09 May 2010

erm...aku bukan jenis minat bergosip-gosip sangat. tapi lepas tengok satu rancangan tv kat tv9 pagi tadi rasa macam nak share la pulak. rancangan yang dikenali dengan nama hip tv. betul la tu kot. dalam rancangan tu tadi mereka-mereka ni ada membincangkan pasal cucuk mende botox ni la. siap wat ranking lagi kot. kalau tak silap aku la sebab aku bukan nak layan sangat rancangan tu...tapi bila tiba giliran seorang hamba ALLAH ni, slumber je dia mengaku dia cucuk botox. siap ada visual lagi dalam rancangan tu. yang tak boleh terima bila dia keluarkan statement macam dia pandai sangat.

dia cakap dia bukan tak bersyukur dengan apa yang ALLAH bagi kat dia, cuma dia nak bagi elok lagi apa yang ALLAH berikan tu. lagipun dia cakap dia buat semua tu untuk cari rezeki menanggung keluarga. lebih kurang macam tu la. macam tak bersalah je keluar statement macam tu...BODOH!!! aku ni pun jahat gak, tapi pikir-pikir la sikit nak keluar statement. tak pergi sekolah ke???

dalam rancangan tu gak ada la beberapa orang pengomen ni. ada seorang tu siap cakap lagi tak salah kalau dia nak buat macam tu. kira terpulang kepada individu la maksudnya...BODOH lagi!!! yang ko ni pun pergi support statement minah tu buat pe??? ko pun tak pergi sekolah gak ke???

hmmm...orang macam tu nak jadi idola??? kalau mereka tu kompem-kompem kapir tak pe. ni orang melayu beragama islam. dah macam menghalalkan benda haram la pulak. sama la kes nak bagi lesen judi piala dunia nanti...BENGONG!!!

gambar sebelum aktiviti pencucukan

gambar selepas aktiviti pencucukan

SIBUK ke MALAS?

>> 08 May 2010

erm...24 Mei 2010. tarikh tu la yang ada dalam surat dari kolej aku yang menyatakan aku kena menghadirkan diri untuk pembentangan latihan industri (LI). kalau tak silap, lebih kurang dua minggu lagi tu. adush...

untuk pembentangan LI tu nanti, laporan lengkap yang telah dijilid bersama slideshow powerpoint perlu disediakan. kalau tak, tak pasal-pasal kena halau ngan lecture nanti. kalau tak de semua tu aku nak present apa nanti kan??? memang benda wajib la tu...

tapi masalahnya sekarang ni, aku ibarat tak cuak lansung dengan apa yang perlu aku hadapi pada 24 Mei nanti. semangat untuk menyambung sisa-sisa report yang terbengkalai sekian lama tu tak datang lagi. macam mana ni??? sibuk sangat ke aku ni??? nak cakap sibuk tu boleh lak update blog hari-hari. sempat lak online facebook dan perkara-perkara yang seangkatan dengannya. ada lak masa nak baca manga naruto kat internet. hmmm...

kalau kat office sekarang ni memang agak sibuk la kot sebab aku sekarang tengah belajar untuk memahami dan membuat piping drawing. bosan la asyik kena lukis shaft pastu buat documentation. at least, kalau belajar piping tu boleh gak buat modal masa interview nak kerja nanti. lagipun, staft yang kamcing ngan aku yang baik hati nak bagi aku wat. rezeki aku la boleh mem-busy-kan diri kat office. maksudnya time kat office memang tak de masa nak prepare report la sebab kerja dah memang ada.

kalau kat umah lak, rasa-rasa memang tak sibuk mana kot. tak pernah lagi aku buat kerja office kat rumah. tapi kenapa still payah sangat nak sambung buat report ni??? atau memang budaya aku selalu buat kerja last minit??? teruk la kalau begitu nampaknya...

so, ambil kata-kata ni untuk menaikkan semangat aku. BUSY IS LAZY!!! harap-harap berkesan la ayat tu.

sekian.

Drama Kucing

>> 07 May 2010

~AL KISSAH~

Dua ekor kucing mengambil keputusan untuk berkahwin.

Pada awalnya, mereka mempunyai alam perkahwinan yang bahagia...

LELAGU : A.P.I. - Pelita (Hooperz OST)

>> 05 May 2010


LIRIK : A.P.I. - Pelita (Hooperz OST)

Tak pernah sesaat daku meragui
Apa yang telah daku temui selama ini
Tak pernah sesaat daku menyesali
Apa yang telah aku nikmati
Apa ku alami
Selagi hayat dikandung badan

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Tak pernah sesaat aku mencurigai
Apa yang telah aku kecapi setakat ini
Tiba saatnya kan ku tangisi
Pada yang pergi takkan kembali
Kembali lagi
Selagi hayat dikandung badan
Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Kan ku pancarkan cahaya seperti pelita
Ke serata dunia yang gelap gelita
Sehingga hembusan nafas yang terakhir

Selagi jasadku belum terkubur
Selagi tubuhku belum ditimpa uzur
Pantang datuk nenek moyangku berundur

Takkan ku menyerah kalah walau mimpiku musnah
Harapanku hancur sayapku patah
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke seluruh dunia
Akan ku pancar cahaya seperti pelita ke serata dunia
Seperti cahaya

AL-FATIHAH lagi...

>> 04 May 2010

AL-FATIHAH...itu je la yang mampu aku sedekahkan untuk orang yang dah tiada lagi kat dunia ni. baru balik dari office tadi, pastu dapat satu mesej dari seorang membe yang mengatakan salah seorang membe sekolah lama aku dah tak de. biarpun aku tak kamcing sangat ngan dia time kat sekolah dulu, tapi bila baca mesej tu tadi memang terasa gak kehilangan. tak sampai sebulan lepas membe baik aku meninggal, ni dapat lagi satu berita sedih...

menurut sumber yang aku terima, arwah meninggal kat sandakan, sabah. kes lemas dalam sungai. membe-membe bagitau arwah tengah keluar 40 hari kat sana. maksudnya macam tabligh la ni. memang dari dulu lagi arwah terlibat ngan aktiviti ni. aku dulu ada gak orang ajak, tapi bila dengar sikit terus cabut lari...

semua yang berlaku mengikut ketentuan ALLAH. tak kira la umur baru 20 tahun ke or baru semalam masuk 21 tahun. giliran aku pun bila-bila je boleh datang. prepare or not je la persoalannya. papepun al-fatihah untuk arwah...

Ranking Pramugari

>> 01 May 2010

Pramugari, jawatan yang penting dalam penerbangan sesebuah kapal terbang. Sebab pramugari yang memegang jawatan untuk mengecas minda anda supaya tidak boring sangat dengan tempoh penerbangan yang jauh. (Setuju? haha!)

Pramugari dari negara Thailand. Siapa sudi tidur jika pramugari seperti ni yang jalan sana sini dalam kabin kapal terbang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP