Entri Terakhir 2010

>> 31 December 2010

erm... nak masuk setahun dah aku main blog. tak pernah lagi buat entri pasal family aku rasanya. letak gambar dorang pun tak pernah rasanya. hebat betol aku. macam kacang lupakan kulit lak. huh...

so, entri kali ni spesel untuk dorang yang bergelar my family. harap-harap dorang tak baca la. kepada mereka yang tersesat masuk blog kurang upaya ni boleh r nak usha-usha...

sejujurnya tak banyak gambar yang boleh aku masukkan sebab dalam laptop aku sendiri pun tak simpan gambar dorang. bukan tak de lansung. cuma tak sesuai ma. gambar bawah ni pun amek kat fb pihak yang berkenaan. tq kepada beliau...


Sembahyang Dalam Air

Gambar di bawah menunjukkan pekerja di sebuah syarikat minyak di Arab Saudi. Setiap hari, mereka perlu bekerja di dalam air di tengah laut selama 4-5 jam sehari. Sekiranya pada waktu tersebut masuknya waktu solat, maka mereka akan terus menunaikan solat di dalam air dengan berpakaian selam. Kalau nak keluar ke permukaan dulu, tukar-tukar baju apa semua mungkin tak sempat, jadi diteruskan sahaja solat di dalam air.

Tak salah!
Sebab hanya solat membezakan antara Islam dan bukan Islam...

Sebesar-besar pencuri adalah orang yang mencuri waktu solatnya...


Penyokong Indon Mengamuk Kat Blog Aku!

>> 27 December 2010

erm... 8 Jun 2010, aku pernah buat satu entri bertajuk MALAYSIA di-BOIKOT? (klik link untuk baca) entri ini berkaitan penemuan aku ngan satu page di facebook yang bertujuan untuk memboikot malaysia. padan dengan nama page tersebut, BOIKOT MALAYSIA (klik link untuk baca). majoriti yang like page tu  rakyat indonesia dan aku percaya yang buat page tu pun orang sana gak.

lepas aku wat entri tu, ada gak rakan-rakan blogger yang memberikan komen. last komen yang aku terima untuk entri tu pada 18 Jun 2010. semua yang komen adalah rakan-rakan senegara yang pastinya memihak kepada tanah tumpah malaysia.

aku tak bercadang langsung wat entri pasal ni. tapi time aku bukak gmail (email google), somebody telah komen kat entri MALAYSIA di-BOIKOT? jarang orang komen kat entri aku yang lepas-lepas. bila baca komen tu, terkejut pun ada. try korang baca...


Tip Untuk Tahan Lama...

>> 25 December 2010


Ok, first sekali aku nak ucapkan terima kasih dekat korang semua sebab berminat nak tau tip-tip "tahan lama" nih.

Apa yang ada dalam fikiran aku tentang korang semua yang berminat nak baca tip ni adalah mungkin korang semua tengah "ghairah" atau "gersang" disebabkan beberapa punca.

Puncanya? aku rasa korang mesti tau kot... so, saranan aku adalah lebih baik korang baca tip-tip nih. mungkin berguna dekat korang bila sudah sampai seru...

Moh ke Bukit Tinggi

>> 24 December 2010

erm...minggu lepas dapat gak merasa gi bukit tinggi. tak pernah lagi sampai sana. dapat gi sana pun sebab ada program yang dianjurkan oleh tempat aku cari makan. bukan pakai duit aku pun. program tu dikenali sebagai team building. jadi, semua yang cari makan kat office tu wajib turun kecuali mereka yang ada sebab-sebab tertentu. aku sebagai orang baru dan bujang memang tak de alasan kalau tak pergi ma...

kat function board ni pun da siap tulis nama office aku. yang atas tu ye. yang bawah sekali tu puak lain dah...

2 hari kat sana, kami semua menginap kat colmar tropicale. lagipun semua aktiviti buat dalam tu...

LELAGU : Boneca - Tunjukkan Aku

>> 23 December 2010


LIRIK : Boneca - Tunjukkan Aku

Musik dari jiwa
Lagu dari hati
Cerita sepurnama
Canda dan menangis

Belum ku selami
Caturan terjadi
Lelah dipukul badai
Apa mungkin terlerai?

Oh…

*Soalan tersendu
Balas hampa bisu
Tuhan, tunjuk sesuatu
Apa dia yang satu itu?
Tunjukkan aku
Tunjukkan aku

Chorus:

Apa bisa ku cinta
Kamu seperti mana
Aku dicinta kamu?
Aku dijaga kamu?
Atau kamu terlalu
Indah buat diriku?
Beda dari diriku?
Aku pun tak menahu

(Repeat *)

(Repeat chorus 2x)

Aku pun tak menahu
Aku pun tak menahu
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Apa bisa ku cinta?
Tuhan, tunjukkan aku

Jangan Menonton Filem Lucah!

>> 21 December 2010


Jennifer Stweart (38), mengaku hamil setelah menonton filem lucah 3D di apartment temannya di New YorkDia berkata, anaknya mirip pelakon kulit hitam yang 'bermain' di dalam filem tersebut. Padahal suaminya seorang tentera berkulit putih yang sedang bertugas di luar negeri.

Dia merasa pening dan mual selama sebulan setelah menonton filem tersebut, dan ketika melakukan ujian kehamilan ternyata hasilnya positif. Walaupun pengakuan isterinya terasa aneh, Erick Johnson berkata, "filem lucah 3D kelihatan sangat real. Jadi, dengan teknologi sekarang segalanya mungkin terjadi."

SAFETY FIRST...

>> 18 December 2010

wah...keje macam ni pun ada ma. senang pun senang. boleh wat part time ni. cuma jauh sikit la sebab kat AS nun...tapi kompem dah la tak boleh. jangan gi hantar resume pas ni dah la...haram wooo!

AMARAN!!!
JANGAN TIRU AKSI INI DI AIRPORT!

Ini ialah bagaimana prosedur pemeriksaan manual di lapangan terbang AS yang merangkumi prosedur yang sangat menarik seperti pemeriksaan pada bahagian dada perempuan dan kangkang lelaki.

macam kenal minah ni...hmmm

Petikan Ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa

>> 16 December 2010

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.

Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.

Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

10 Makanan Paling Menjijikkan Di Dunia

>> 13 December 2010

Ini merupakan 10 makanan paling menjijikkan di dunia dan negara China merupakan negara teratas yang mempunyai makanan "istimewa" ini. Semua gambar dan penerangan kepada makanan eksotik ini mempunyai unsur yang boleh memuntahkan sesetengah pembaca dan semua yang disenaraikan dalam top 10 ini hanya berdasarkan satu sumber. Ada banyak lagi sebenarnya makanan pelik dan aneh yang pernah dihidangkan. Teruskan membaca jika berminat.

1. Burger "Cindil" di China

Cindil atau anak tikus yang baru lahir dipercayai boleh menambah stamina dan menjadikan tubuh lebih sihat. Selain itu, cindil mempunyai kandungan protein yang tinggi. Ia juga boleh mengubati pelbagai jenis penyakit dan salah satu daripadanya adalah asma. Di negara China, cindil dihidangkan dalam pelbagai cara. Salah satu cara yang digunakan adalah burger.

Jenis-jenis Motor ft. IntenseDebate

>> 12 December 2010


hoho...karot je entri ni. sebenarnya aku nak try satu mende yang baru install dalam blog aku tadi. nama mende tu IntenseDebate. plugin untuk comment kat blog aku. kalau nak tengok ada kat bawah ni. tak pasti lagi mende ni bagi kebaikan or keburukan. mungkin berat sikit la load pasni. biasa r tu. berani buat berani tanggung...mintak tolong korang satu mende. tolong r test.... :)

Jadi Diri Sendiri

>> 11 December 2010

erm...

bila cakap senang. kadang-kadang main lepas je. dah tak pikir dah. katanya itulah dirinya yang sebenar. tak kisah la apa orang nak kata. bukan kacau orang pun. BE YOURSELF! boleh ke macam tu? senangnya hidup...

tak salah rasanya kalau nak jadi diri sendiri. memang patut pun. tapi kena ingat la dulu bagus sangat ke diri tu. cukup  ke sifat-sifat dalam diri tu untuk tunjuk kat orang lain?

ada orang gelabah nak tunjuk diri sendiri dia kat orang lain. dah macam tak takut tuhan pun ada. pastu bangga and kata inilah dirinya yang sebenar. amboi (cam nyah je bunyi)... sendiri mau ingat la. cam jahil sangat je macam tu. sejahat-jahat aku pun, aku tak buat jahat depan orang lain. ye la tu kot. haha...

aku ni pun tak yakin lagi ngan diri aku. tak harap pun aku ni untuk jadi diri sendiri. tah macam mana la gaya nanti. tak rupa orang dah kot. lagi elok jadi macam apa yang aku belajar tu dah la. yang baik jadi ikutan, yang jahat jadi sempadan. haha...

sekadar pendapat aku je ma. mintak maap la kalau ada yang tak setuju. kita hidup kat dunia ni bukan sorang-sorang je. ada lagi orang lain. bila kita buat salah sikit mesti ada orang kata. so, kena kisahkan orang lain gak. tak boleh taksub ngan bayangan diri sendiri tu....

kononnya, orang melayu hidup dengan kesopanan dan tatasusila. dok canang-canang keliling dunia. lantak la. aku tak kisah sangat kalau orang dah tak boleh hidup ikut cara melayu tapi kan kita ada agama. tak kan tak nak ikut gak kot. kebal betul. haha...

sekadar gambar hiasan. idola siapa tah ni. haha...

AMANAH, SILA SEBARKAN

>> 10 December 2010

aku ada dapat satu email ni. nama title entri ni pun sama macam title email yang aku dapat. so, may be korang pun dah dapat. just for reminder untuk semua yang beragama Islam. alang-alang dah ada blog, masuk blog terus la. siapa yang prihatin jemput la baca sikit-sikit. tengok gambar pun jadi dah...cuma bukan semua gambar ada description. may be boleh menjadi persoalan. aku try describe yang mana aku faham. yang lain tu korang faham-faham sendiri la...

LELAGU : Justin Mauriello

>> 08 December 2010



erm...aku tak kenal mana mamat ni. tapi lagu dia nyanyi sedap gak la untuk didengar. untuk album yang aku ada ni, semua lagu artis lain telah dinyanyikan semula oleh beliau. bes lak dengar versi beliau daripada versi asal. aku kongsi 4 lagu ni je. antara yang paling aku suka. kalau berminat sila klik link untuk download...

Sempadan Negara/Negeri Yang Unik

>> 07 December 2010

KONGSA KONGSI
Anda boleh minum secawan teh atau kopi di Belanda (NL) dan Belgium (B) pada masa yang sama.

KONGSA KONGSI
Lelaki-lelaki ini berdiri di Sepanyol dan hanya perlu menyeberangi batu di sebelah kanan untuk berada di Portugal.

Oh! Gigiku...

>> 06 December 2010

erm...

aku ni dari dulu lagi ade masalah ngan gigi aku. teringat time sekolah dulu. time tu tiap-tiap tahun gerombolan umat yang menggelar diri mereka sebagai doktor gigi dan sekutu mereka datang kat sekolah. aku lak tiap kali mereka datang kompem gigi aku kene tampal. memang masalah la tu. yang berat lagi siap kena cabut pun ada kot. tapi semua tu free. so, tak kisah mana la. orang bagi kita amek je....

sekarang ni lak dah tak sekolah. so, dah tak de la kunjungan percuma dari doktor gigi. aku lak la kena berkunjung ke premis mereka. nak pergi goverment cam banyak sangat prosedur nanti. try la pergi yang swasta...

setelah sekian lama, akhirnya tiba gak masanya gigi aku bertemu ngan seorang doktor gigi. berat gak nak gi tapi sebab sakit tiba-tiba di malam hari membuatkan aku mengambil keputusan takut-takut berani ni...

mula-mula aku suruh cek dulu masalah gigi aku yang satu ni. takut tak mampu bayar je nanti. en. doktor bagi aku dua pilihan. cabut atau rawat gigi tu. probnya di sini beza kos dua-dua tu jauh giler ma. kalau cabut dalam lingkungan rm60-100. kalau tak nak buang gigi tu aku kena belanja dalam rm600 tok tanam saraf pe tah. may be gigi ku yang satu ni dah mati kot....

lastly, keputusan yang diambil ialah menampal gigi yang tak de dalam senarai aku sebelum ni. en. doktor suruh aku balik pikir dulu pasal gigi aku yang satu ni. memang sayang nak buang ma. aku belum kawen lagi....

papepun selalu la gosok gigi. nasib baik boleh claim... :)

12 Rupa Penyakit Ganjil Di Dunia

>> 05 December 2010


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP