15 Maksiat Yang Menurunkan Bala

>> 06 January 2011

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila umat ku telah membuat lima belas perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu :
  1. apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu
  2. apabila amanah dijadikan suatu sumber keuntungan
  3. zakat dijadikan hutang
  4. suami memperturutkan kehendak isteri
  5. anak derhaka terhadap ibunya;
  6. sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
  7. ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya
  8. suara sudah ditinggikan di dalam masjid
  9. yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina di kalangan mereka
  10. seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya
  11. khamar (arak) sudah diminum di merata tempat
  12. kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki)
  13. para artis-artis disanjung-sanjung
  14. muzik banyak dimainkan
  15. generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat)
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan dirobah menjadi makhluk lain.” (Hadith riwayat Tirmizi)

Keterangan:
Dunia pada hari ini telah membuat segala apa yang telah disabdakan Rasulullah s.a.w. ini, cuma mungkin belum sampai ke peringkat akhir.

Kitab rujukan: 40 Hadith Peristiwa Akhir Zaman (Abu Ali Al-Banjari An-Nadwi) terbitan Khazanah Banjariah.

"MEMBANGUN BERSAMA ISLAM"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP