Kawen Kat Chini

>> 30 January 2011

erm... selepas dipertanggungjawabkan oleh membe-membe untuk menjadi penunjuk jalan, aku dengan rela hati mempersudikan diri untuk mengikut mereka. ke mana? chini... my kampung.

biarpun aku memang asal chini, tapi pelan lokasi dalam kad jemputan tetap memainkan peranan penting. dok chini bukan kenal orang pun. huhu...

time sampai pasangan pengantin sedang menikmati santapan. difahamkan, pasangan pengantin merupakan membe sekelas kepada membe-membe aku ni. yang berbaju merah dan hijau.

selepas dipelawa untuk makan, kami dengan sopannya menadah pinggan masing-masing. tiada kompromi langsung kat lauk-lauk yang dihidangkan. masing-masing tak makan pagi. memang menghargai sangat pelawaan untuk makan tu... 

seumur hidup aku gi kenduri orang kawen, ni la yang paling banyak aku makan. memang lapar kot. tambah lak musim hujan yang kedinginan macam ni. perut memang selalu meronta-ronta makanan lebih ma...

antara jemputan yang still tak balik time aku sampai. tunggu cabutan bertuah rasanya. huhu...

rumah pengantin... terima kasih bagi makan ye!

menerima layanan oleh membe-membe mereka yang sekarang ni dah jadi pasangan suami isteri. bes lak rasa kalau dapat kawen ngan membe-membe sekelas dulu. membe-membe? yang satu kolej ke. indahnya kalau ada. huhu...

penangkapan gambar bersama pasangan pengantin. agak kesiutan sebab gambar gelap. lupa nak amek gambar dari phone membe aku. gambar ni guna phone aku. tu pasal gelap. phone murah ma...

muka gersang selepas makan. kenyang giler la weh...

biarpun aku kat chini, tapi aku tak singgah rumah aku pun. membe aku yang engineer tu nak masuk office ma hari-hari ahad pun. kena la gerak awal. huhu...

minggu depan saya balik mak! cuti raya cina... dan memang saya akan kawen kat chini nanti kot. insyaallah... 

selamat! 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP