Kuantan Terbako

>> 27 February 2011

erm...aku gerak gi office dalam pukul 11 pagi tadi dari rumah. sebab aku sewa kat tengah bandar kuantan ni, memang wajib lalu la deretan traffic light kat bandar. memang bosan. tapi hari ni lain sikit. ada yang menarik berlaku. sampai kat traffic light jalan wong ah jang (berdekatan ngan pasaraya cowboy) ada sebuah kereta menjadi perhatian ramai.

time aku lalu situ, kereta tu tengah berasap macam mak aku yang tengah bakar bahulu dulu-dulu. satu kereta tu penuh asap. keadaan time tu pun kelam kabut sebab kat traffic light. semua pakat main hon suruh orang depan jalan. ye ar. takut tiba-tiba kereta tu terbakar or meletup.

aku nak berhenti gak tengok-tengok mana patut. tapi orang lain sorang pun tak gi tolong. pakat tengok belake. aku pun teruskan perjalanan je la. kalau tak, boleh dah snap gambar banyak-banyak time tu. huhu...

time sampai kat office lak, satu lagi mende menarik berlaku. kawasan rimba kat depan bangunan office aku terbakar. aku pun tak perasan bila api start naik. tengok-tengok dah merebak satu area tu. yang ni baru sempat nak snap gambar...


permandangan dari tingkap office aku. time bomba sampai baru semangat nak tengok...




suspek kejadian bersama pegawai bomba. bukan la...salah seorang membe office aku. gi buat-buat tanya bomba. padahal nak bergambar je tu. huhu...


crew office lain yang menyaksikan kejadian...


mula-mula main snap gambar dari jauh je. tiba-tiba salah seorang bomba tu panggil tunjuk kat motosikal merah ni. dia cakap smart sikit snap kat moto ni. aku pun rasa macam tak sopan lak menolak pelawaan dia tu...orang tengah padam api, sempat lagi aku berpeleseran atas moto ni.

aku gerak dari office dalam pukul 9 malam tadi. sampai dekat lokasi kereta berasap pagi tadi, satu lagi kejadian yang melibatkan api berlaku. tapi yang ni aku tak berapa sure sebab bangunan tu berada sebelah laluan bertentangan. yang pasti trak bomba yang tengah bunyi siren berhenti kat situ and semua orang kat area tu memandang bangunan tu. takkan bomba berhenti minum air pun nak pasang siren gak kan?

tu lah...jadi, aku nak mengumumkan la yang hari ahad ni, hari kuantan terbako. haha...

lupa...time sembang-sembang ngan bomba tu, aku sempat tanya gak pasal kereta berasap yang aku perasan pagi tadi. dia mengesahkan kereta tu sudah terbakar. huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP