Misi Gagal

>> 16 February 2011

erm...misi asal aku tak nak bergantung sangat dengan orang lain. sebab bila selalu bergantung sangat ni, harapan aku kat orang tu kompem tinggi je. sampaikan kalau ada pape, tidak boleh kata tidak.

ye ar, daripada makan hati sorang-sorang. orang lain bukan tau pun mende pe aku rasa. banyak kali aku pikir, payah kalau jadi orang yang selalu mengharap. sebab tu aku nak try ubah...

aku cuba menjarakkan antara diri aku ngan orang lain. konon-kononnya boleh  indipenden. ternyata memang boleh...tak susah sangat pun. cuma ada gak mende sengal yang berlaku. argh...biasa ar tu...

walaupun berjaya, aku gagal nak rapatkan balik jarak aku ngan orang lain yang sebelum ni aku cuba jarakkan tu. tabiat aku yang aku ingat tak kekal lama ni memang dah jadi macam tabiat dalam diri aku dah skang. memang tak boleh nak buang dah...

erm...bila pikir balik. aku sebenarnya yang kalah. sampai bila aku nak macam ni. nak tak nak pun, nanti aku kompem perlukan kudrat orang lain gak. tapi memang payah nak patah balik...

mintak maap la. memang bosan dapat kawan macam aku ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP