Moh ber-IntenseDebate

>> 19 Februari 2011

okeh... sekarang ni dah nak masuk 3 bulan aku menggunakan IntenseDebate (ID). sebelum nak pasang mende ni dulu, konfius gak nak pilih salah satu antara ID ngan disqus. yang aku tau, 2 ni la antara sistem komen yang popular. puas aku mencari perbezaan antara 2 ni kat google. dan akhirnya pilihan yang dibuat ialah ID.

Go to IntenseDebate

kenapa aku pilih mende ni? aku rasa ID ni cool sikit dari disqus. nak komen banyak-banyak pasal disqus aku tak tau sebab tak penah guna lagi. dan yang aku pelik kenapa ramai lagi blogger kat luar tu tak nak guna mende ni?


antara yang bes pasal mende ni ialah aku boleh reply komen pembaca yang memerlukan jawapan dengan lebih mudah. ye ar... kadang-kadang tu bukan semua komen kena balas gak kan. memang mudah ma. lagipun nampak kemas sikit seolah-olah macam ada discussion lak dalam tu. bukan ke nampak hubungan antara tuan blog ngan tukang komen. mesra sikit pe. huhu...


pe yang bes lagi ialah pembaca boleh komen dengan menggunakan akaun facebook dan twitter. menipu la kalau tak de facebook kan. tapi setakat ni baru 2 orang kot pembaca aku yang komen guna akaun facebook. tak pe ar tu. mungkin nak lebih privacy. kalau aku pun payah sikit nak komen guna akaun facebook ni. bukan sebab aku koya market tapi ade ar sebab lain. huhu...

ada lagi... commentluv tu kalau korang perasan turut ada dalam ID ni. korang just kena setting sikit. sama la untuk membolehkan pembaca komen guna akaun facebook dan twitter. ada setting tambahan yang perlu disetkan. macam comentluv ni, tukang komen yang ada blog boleh la masukkan url blog korang. dah boleh promote entri kat orang lain disamping memudahkan aku sebagai tuan blog untuk baca entri terbaru korang lak. huhu...


ada lagi... kalau korang perasan gak. kat sebelah kiri sedebar aku ada widget kat atas ni. widget ni dari ID gak untuk menunjukkan komen-komen terbaru dari pembaca yang baik hati. kalau korang tak guna ID ni pun boleh tunjuk komen-komen pembaca cuma aku rasa yang ni nampak lagi cool kot. huhu...

jadi, saya menggesa la kepada kawan-kawan saya yang lain untuk menggunakan sistem komen IntenseDebate. saya tak dapat duit pape pun wat entri ni. just nak kongsi je ma. huhu...

kalau ada yang pikir mende ni akan memberatkan blog anda, baik tanya aku dulu dan... aku jawab terus ni. selama aku guna mende ni. aku tak penah lagi kepanasan ngan blog aku sebab loading lambat. tapi kalau line dah memang slow tak boleh wat pape la. aku guna broadband je. boleh je ma. huhu...

kepada yang tertarik nak pasang tapi tak berapa pandai nak pasang boleh minta bantuan aku. aku rela je kalau nak tolong. kalau korang tak tertarik gak salah aku la tu sebab tak pandai nak story pasal mende ni. huhu...

selamat mencuba!

(segala fakta dari pemahaman aku sendiri. malas nak wat research banyak-banyak. kalau nak try baca testimonial dari orang lain try la google. kompem ada.)

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP