Oh...Beg Plastik 20 Sen

>> 12 February 2011

erm...da lama rasanya tak demam macam sekarang ni. biasanya anti body aku kuat je. dapat membendung gejala penyakit macam ni. start rasa berat kepala hari khamis lagi. sampai hari ni pun tak ok lagi. cecair dalam hidung ni pun asek meleleh je...

semalam (hari jumaat) aku gi amek mc biarpun aku da masuk office dah. tak boleh rasa nak buat kerja. kena baring gak macam mana sekali pun. nasib baik dapat. tapi...aku buat entri ni bukan nak mintak belas kasihan sebab aku demam ma. cuma nak mintak maaf kepada sesiapa yang bw kat blog aku. tak larat ma nak gi jalan-jalan balik. ampunkan saya...

hari ni lepas gi sarapan, gi singgah pasaraya jap. nak beli ubat gigi. asek terlupa je. time demam macam ni baru teringat nak beli. time nak gi bayar tu, adik juruwang tanya aku, "nak plastik ke?" aik? sejak bila lak ni. tak pernah lagi masuk pasaraya kena tanya macam tu...

lepas tu dia pun explain la beg plastik da kena caj setiap hari sabtu. lepas dia bitau tu baru aku perasan ada note kat depan aku yang tertulis caj 20 sen untuk beg plastik setiap hari sabtu. cam kelakar lak...tapi ada baiknya gak...

biarpun 20 sen, aku tak amek beg plastik. pegang bodo gitu je la. sikit je barang. lain la barang banyak. lagipun tunjuk la sikit sokongan kat kempen macam ni kan. huhu...

kepada yang tak tau, elok bawak sendiri la beg plastik lepas ni. terutama yang memang niat nak shopping untuk stok sebulan or setahun. kalau da tambah-tambah semua nanti banyak gak caj tu...

ni ha...baca artikel pasal ni kat berita harian. klik SINI! bes gak kalau mc hari isnin ni. straight 5 hari cuti. hari selasa maulud nabi kan? huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP