Baju Hujan GIVI

>> 14 Mei 2011

cuaca tak berapa menentu sejak kebelakangan ni. kadang-kadang panas giler, kadang-kadang tu hujan. dalam dua tiga hari ni, hujan selalu turun selepas jam 12 malam sampai ke pagi. macam hari ni, pagi tadi hujan gak. tapi tak pe, aku ada baju hujan (mintak maap la, naik moto je) untuk ke office. no hal la. huhu...

sebijik macam ni...
***********
kat office...lingkungan jam 3.30 petang, aku selalu turun untuk keluar hisap nusantara hijau (satu jenama rokok antarabangsa tapi murah je). rasanya tak pernah lagi tak hisap rokok masa waktu pejabat. duduk kat luar office, dapat la tengok kereta lalu lalang depan tu. ada gak mat-mat despatch yang selalu hantar barang time gitu...

aku perasan dah seorang mamat ni. dia berhenti depan office aku. macam biasa, aku pikir mat despatch la ni. tapi mamat ni dia u-turn balik moto dia. lepas aku bangun untuk buang puntung rokok aku dalam tong, ternampak lak mamat tadi gi kat moto aku. jarak pemisah antara kami masa tu dalam 10-15 meter je...

aku pelik gak. mamat ni nak wat pe. dengan selambe, dia amek baju hujan aku yang ada atas moto. aku pun slowly jalan kat dia sambil pekik HOI!!!...dia wat tak dengar dan kembali menuju ke motonya berbekalkan baju hujan aku. aku pekik sekali lagi HOI!!!...mamat tu tetap buat selambe. memang jangan pandang belakang betul...

bila mamat tu dah naik moto dia balik, baru aku sedar aku ni mangsa kecurian baju hujan. cilakak! mencuri depan tuan. sekali seluar lak tu dia tibai. yang tuan ni pun bebal gak, slow sangat. tau tadi, awal-awal aku kejar dah mamat tu...

tah ar, mamat tu dah berjaya memperdayakan aku. aku pekik dia wat tak dengar. dress up smart dah siap pakai kasut lagi. pastu selambe je amek barang orang. tu pasal aku tak syak lansung dia ada niat lain...

kalau sesiapa ada jumpa mamat yang naik moto krisstar pastu pakai helmet SGV, try ar tanya dia. tu je la yang aku ingat pasal babun sekor ni. cilakak!

ni lah krisstar yang dimaksudkan tapi aku tak perasan warna pe time tu...
jika anda mamat yang dimaksudkan, sila pulangkan baju hujan saya. saya ni draftsman je ma. agak-agak la...esok aku nak pakai pe kalau hujan?

PULANGKAN!

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP