Abah Aku

>> 20 June 2011

namanya Shapiai bin Ibrahim. aku tak pasti dengan sebutan untuk namanya. apa yang aku pernah dengar ada kesalahan ejaan. mungkin ejaan asal Shafie atau Shapie. tapi itu bukan penghalang untuk aku meletakkan nama Shapiai sebagai nama abah dalam kad pengenalan aku.

bila umur aku lingkungan 3 tahun, abahku telah pergi. kalau tak silap aku penyakit jantung atau lelah menjadi punca pemergiannya. waktu tu, adik bongsu aku masih dalam kandungan. dalam semua adik-beradik aku, dia seorang je yang tak sempat hidup bersama abah aku kat dunia ni.

tiada memori lansung yang dapat dikenangkan antara aku dan dia. cuma ada satu gambaran yang samar-samar ni je. tapi aku tak pasti samada gambaran ni betul-betul wujud ke tak dulu. ibarat potongan video selama beberapa saat.

ramai yang cakap aku paling manja masa abah aku ada. melalak sana sini. tambah lak selepas abah aku pergi, aku tak henti-henti menangis. sampaikan ada yang mengandaikan aku rabun pun sebab kuat menangis masa tu. itu apa yang ramai orang bercerita kat aku.

aku kenal muka abah aku pun sebab ada album gambar kat rumah. tambahan lak, aku tak pernah tanya macam mana abah aku dulu kat mak aku. mak aku dan saudara mara je yang selalu cerita sendiri. tah… memang aku payah nak tanya kot.

entah macam mana kalau abah aku ada lagi sekarang ni. dengan asuhan mak aku seorang pun, aku dah boleh hidup berdikari sekarang. boleh masuk sekolah berasrama. boleh habiskan pengajian diploma dan bekerja sekarang. bukan apa. aku tengok orang lain yang ada lagi mak ayah tapi macam tak hargai apa yang dorang ada tu.

tapi, tak bermakna aku nak mengaku aku anak yang baik. Alhamdulillah… sekarang ni jiwa aku semakin dekat dengan keluarga. tak seperti masa belajar dulu. sentiasa nak lari daripada keluarga. mungkin sebab aku dah boleh tolong keluarga aku sikit-sikit sekarang. nampak la tanggungjawab aku dalam keluarga tu sikit.

aku menaip bukan kerana hari bapa. sekurang-kurangnya ada yang sedar apa yang korang masih ada lagi tu. hargailah sebaiknya...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP