Aku Bukan Follower Setia

>> 11 July 2011

erm...semakin hari blog aku makin banyak follower. biarpun blog ni tak berapa nak bes, bilangan follower tetap bertambah. dan biarpun follower blog ni tak seramai follower blog orang lain, tapi banyak dah la tu bagi aku. alhamdulillah...

kalau aku mengikut budaya "dah follow, follow balik ye", berapa banyak blog yang aku kena follow tu. tak susah nak follow tapi bila dah jadi follower tu yang susah kot. bayangkan, semua blog tu update hari-hari. paling kurang dua hari satu entri. kalau dah 499 blog aku follow, aku kena baca lebih kurang 499 entri la untuk satu hari...

maafkan aku, aku tak mampu nak buat macam tu ma. mungkin ada orang lain yang boleh buat macam tu tapi bukan aku. hidup aku bukan untuk blog aku ni semata-mata walaupun kalau aku balik kerja mende pertama aku buka, blog aku ni la...


seperti kebanyakan orang lain, aku memilih untuk pergi ke blog yang tuannya ada komen kat blog aku. sedaya mungkin aku cuba untuk balas komen sebab aku rasa cambes je bila ada orang komen kat blog aku. mungkin bila aku komen kat blog orang lain pun, mereka akan rasa macam tu. jadi, membalas komen menjadi pilihan aku...


tak ketinggalan, mereka yang selalu tinggal jejak kat blog aku. orang macam ni memang patut dihargai. sumbangan mereka yang selalu masuk kasi trafik sedikit membantu dalam perkembangan blog aku ni. dari situ mungkin dorang mula berminat untuk meninggalkan komen. jadi, membalas jejak turut menjadi pilihan hatiku. namun, membalas komen tetap diutamakan...

sebab tu aku nak bitau aku ni bukan follower setia. sebab bukan semua blog yang aku dah follow, aku boleh kerap masuk baca entri terbaru. niat tu ada. sebab bila aku dah follow blog tu, aku akan cuba follow blog yang betul-betul aku boleh baca. bukan nak cakap penulisan blog aku tak follow tu tak bes, mungkin belum boleh diterima lagi...

jadi, terima kasih kepada follower yang selalu tinggal komen atau hanya tinggal jejak kat shoutbox tu. aku akan cuba balas balik selagi termampu. yang tak jadi follower tapi still berkeras nak masuk blog ni pun, terima kasih ye. huhu...

APAN menambah: sorry, kurang bahan nak buat entri bes. tengah membiasakan diri menulis entri kat rumah sewa baru ni...selamat!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP