Provokasi Penyokong Liverpool Kepada Seorang Mamat Manchester United

>> 15 Julai 2011

rakaman video ni semasa Liverpool Asia Tour 2011 di Malaysia bertarikh 14 Julai 2011. video fresh lagi ni. aku dapat tau dari facebook setelah di-share oleh membe aku...


video ni mengisahkan tentang seorang mamat yang masuk ke stadium dengan memakai jersi Manchester United tetapi duduk bersama dengan penyokong Liverpool. mari tengok apa yang berlaku. made in Malaysia!


apa macam? aku rasa majoriti atau semua orang Malaysia dalam video tu. sampai macam tu sekali penangan EPL kepada rakyat Malaysia ni. mereka bermusuh kat sana, kita yang kat sini pun nak bermusuh-musuh gak...

tapi yang mamat tu pun satu. aku pun minat MU gak. tapi tak de la sampai nak buat macam tu kot. macam cari pasal pun ada. kesian...papepun, Manchester United tetap di hati. huhu...

kalau rajin baca la komen video ni kat youtube. mungkin boleh membantu kita membuat kesimpulan...

kesimpulan aku, aku nak pergi mandi dulu...lewat dah ni!

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP