Berbuka Puasa Di Padang MPK 2, Kuantan

>> 28 August 2011

aktiviti berbuka puasa di Padang MPK 2, Kuantan sangat popular sepanjang bulan ramadhan setiap tahun. nak cari lokasi padang ni mudah je. kalau korang jumpa masjid negeri, kompem korang dah dekat sangat dengan padang ni. dan itu mungkin salah satu sebab mengapa padang ni menjadi pilihan. kerana ada masjid yang bersebelahan...


tanggal 27 ogos bersamaan dengan 27 ramadhan, padang MPK 2 ni turut menjadi pilihan keluarga, saudara dan jiran aku untuk berbuka puasa bersama. aku sendiri pun belum pernah buka puasa kat sini. jadi, jemputan untuk berbuka sekali bersama mereka yang datang dari kampung tidak boleh untuk ditolak...


seawal jam 6 petang pun, kawasan padang ni dah dibanjiri oleh orang ramai. kalau nak port menarik kena la datang awal. tak de la nanti berbuka kat tiang gol. satu lagi yang menarik, lokasi bazar ramadhan pun bersebelahan je dengan padang ni...


masa sebelum berbuka digunakan dengan sebaiknya untuk bergambar dengan budak comel ni...


antara menu utama semasa berbuka ialah nasi kukus. menu lain aku tak merasa pun. kenyang bahan nasi kukus ni je...


sekitar jam 7 petang. orang ramai semakin memenuhi padang MPK 2 ni. memang jenuh gak kalau kena cari saudara atau membe yang sampai dulu untuk ambil port kat sini. nasib baik jumpa jiran dan adik aku masa parking moto...


waktu berbuka yang semakin hampir. segala juadah dibuka untuk disantap bersama...


alhamdulillah, waktu berbuka sudah masuk. aku pun tengah bahan nusantara hijau masa ni...


padang mula lengang sekitar jam 7:40 malam. tapi sempat gak tadi ada yang berlawan mercun dan bunga api. dah la masa tu orang tengah berjemaah dalam masjid negeri... 


antara hasil sampah untuk hari tersebut. agak boleh dibanggakan sebab ramai yang pandai kumpul dekat tong sampah yang disediakan. tapi ada gak golongan yang main tinggal gitu je lepas habis makan...

papepun, kalau korang mencari lokasi berbuka puasa yang menarik di pahang ni, cuba la berbuka kat sini. meriah ma. macam-macam ada...

APAN menambah : ini mungkin entri terakhir aku sebelum aku balik kampung esok. dapat la beraya seminggu kat kampung. dikesempatan ni gak, aku nak mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua membe dan pembaca blog aku ni. jika ada silap dan salah sepanjang perkenalan kita yang tak berapa nak kenal ni, harap dimaafkan. berhati-hati di jalan raya. hormatilah pengguna lain seperti penunggang motosikal macam aku ni :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP