Pengalaman Baru Di Bulan Ramadhan

>> 02 Ogos 2011

oh...ini bukan pengakuan aku yang baru sambut ramadhan. setiap tahun aku dah sambut bulan ni dalam hidup aku. cuma bulan ramadhan yang aku tempuh sekarang ni lain daripada bulan ramadhan sebelum ni.

ini merupakan pengalaman berpuasa pertama aku sebagai seorang pekerja. sebelum ni banyak sebagai budak sekolah asrama dan budak kolej kemahiran je. nasib baik masa kerja aku dipendekkan sejam. jadi, boleh balik awal sejam la. kalau hari biasa paling awal boleh balik pun pukul 5.15 petang. di bulan puasa ni, kalau datang pukul 8.00 pagi, pukul 4.15 petang dah boleh balik.

di bulan puasa ni gak, waktu tidur aku kat office semakin menjadi-jadi. tak pikir dah orang lain tengok ke tak. janji kalau aku dah siap kerja dan nak terlelap, aku lelapkan aja. yang ni amalan yang tak boleh pakai.

blur bab-bab membeli makanan
sebagai seorang yang berlagak, aku berbuka sorang-sorang je hari ni. nak sangat duduk asing daripada membe office yang lain. kan dah terima padah. sebab hubungan yang belum akrab antara aku dan husemate baru ni, masing-masing buat kepala sendiri je. nasib baik tadi dia ajak pergi bungkus nasi untuk sahur pagi nanti. kalau tak makan roti je la macam semalam kot.

sebak tu memang ada. bila teringat kenangan berbuka ramai-ramai dengan membe atau family. macam aku tadi hanya bertemankan kipas siling dan dinding rumah. saling memerhati sementara menunggu waktu berbuka...

setakat ni belum sampai ke masjid untuk tarawih lagi ni. berat-berat. tinggal 28 malam je lagi. masa belajar dulu mudah je rasa nak ke surau. kini, pelbagai onak dan dugaan bermain di kepala walaupun setan semua dah kena rantai. papepun, akan ku cuba... :)

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP