Tutorial Kutip Ketul Getah

>> 23 August 2011

ini dah masuk kali ke berapa tah mak aku ajak pergi kutip ketul getah. baru hari ni aku turun padang. bulan puasa lak tu. walaupun tanaman utama yang diusahakan oleh mak aku ialah kelapa sawit, tapi mengambil upah menoreh getah ni menjadi pendapatan sampingan yang penting gak untuk menyara keluarga.

jadi, aku nak kongsi sikit macam mana nak kutip ketul getah ni. kalau nak menoreh, aku kompem fail. tolong kutip je la yang termampu...


perjalanan kami di awal pagi terhenti kat lot parkir motosikal ni. boleh parking mana-mana je. MPK tak kacau area ni. tapi kalau hilang melalak la dalam kebun ni...


kepada yang terlalu taksub dengan kemodenan, ni la lebih kurang pandangan jarak dekat pokok getah. getah akan mengalir keluar dari pokok dan masuk ke dalam mangkuk hitam seperti di atas...


aktiviti mengutip ketul getah ni dijalankan seminggu sekali dan selalunya mak aku akan kutip pada hari jumaat atau ahad kot. aku pun tak pernah tanya pasal mende ni...


inilah rupa getah yang sudah terkumpul selama seminggu di dalam mangkuk hitam tu. jadi, ketulan getah tu perlu diasingkan daripada mangkuk tu. ada yang sekali ketuk je dah terkeluar. ada gak yang memaksa kita menggunakan tangan untuk mengeluarkannya. tambah lak kalau dah guna tangan kompem sebati bau tu kat tangan selama sehari...


rupa ketulan getah selepas dikeluarkan. dah macam muffin dah. nasib baik busuk je. huhu...


selain memerlukan kudrat dan kerajinan anak macam aku, kereta sorong kat atas ni memainkan peranan penting dalam aktiviti mengutip getah ni. aku sebagai pengemudi kereta sorong ni perlu membawa semua ketulan getah untuk dikumpulkan di satu tempat...


hasil titik peluh menolak kereta sorong selama hampir tiga jam, semua ketulan getah berjaya dikumpulkan...


kesemua hasil kutipan untuk hari tersebut. menunggu tauke kebun untuk datang dan timbang. aku tak sanggup tunggu sebab dah diberikan lampu hijau untuk balik dulu. kasi sambung tido...


disebabkan masih awal, mak dan tok (nenek) aku sambung untuk menoreh lak. awek yang dalam gambar atas tu tok aku. tua tapi power ma. huhu...

mula-mula nak tanggalkan getah ni aku guna ranting kayu. malas dah nak pakai perfume getah. daripada pengalaman aku sebelum ni, lama ma nak hilang aroma tu. tapi lepas kena perli ngan sepupu dan tok aku, aku buang ranting kayu tu. kat rumah asek nak cium tangan je. sedap gak bau getah. haha...

harap tutorial ni dapat membantu anda. simple je...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP