Entri Raya

>> 04 September 2011

apa macam raya? ada mood raya lagi ke sekarang ni? aku sendiri pun tak berapa nak ada mood gak sekarang ni. nak update entri pun malas ma. sebab bahan juadah raya la ni kot. tambah lak esok dah kena masuk office...

oleh itu, entri gini je la termampu ditulis disaat ini. apa yang special sangat raya korang tahun ni? ada tumbang lembu ke? berapa ekor? raya ni ada sumbangan tak kat ahli keluarga lain atau masih menerima sumbangan?


terkejut aku bila jumpa kaki lembu ni kat dapur. kaki lembu perkasa ni sebab besar semacam je ma...mak aku buat masak sup. kaw-kaw lemak. terkemam-kemam je bibir lepas makan sup...


antara menu utama untuk hari raya pertama. aku tak terlibat lansung dengan proses pembakaran lemang ni. aku tengok dan tangkap gambar je...


kononnya di rumah ini diadakan reunion untuk geng aku masa darjah enam. tapi ramai ni je yang datang. ok gak la tu. ada gak program masa hari raya...


kesian kepada 'justin' dan 'britney' ni. masa raya mereka disisihkan. tak de orang nak layan. budak-budak je banyak gi jenguk...

macam mana la suasana dalam office esok? 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP