HAMAD, Tulisan Nama Terbesar Di Padang Pasir

>> 19 September 2011

Kebanyakan kanak-kanak pernah menulis nama mereka di atas pantai dan kebanyakan tulisan mereka akan dihanyutkan ombak tidak lama kemudian. Seorang jutawan Arab telah memastikan bahawa tulisan namanya akan bertahan lebih lama.

Hamad bin Hamdan Al Nahyan, 63, telah membina binaan namanya daripada pasir di atas sebuah pulau miliknya dengan binaan huruf yang besar sehingga boleh dilihat dari angkasa lepas.


Imej satelit dari ruang angkasa menunjukkan huruf-huruf besar membentuk nama 'Hamad' diukir di atas padang pasir di Pulau Al Futaysi di Abu Dhabi.


Perkataan 'Hamad' berukuran 1000 meter tinggi dan sepanjang dua batu dari 'H' ke 'D' di atas Pulau Al Futaysi.

Untuk mengelakkan binaan daripada dihanyutkan air, gabungan huruf-huruf ini sebenarnya membentuk laluan air yang menyerap kemasukan air pasang. Tembok penghadang di sekeliling nama turut dapat dilihat dalam perkhidmatan peta Google.

Hamad telah bermimpi satu idea dan mengerah pekerja-pekerja beliau selama berminggu-minggu untuk membina satu grafitti pasir yang besar. Tidak diketahui berapa banyak kos yang telah dikeluarkan.

Walau bagaimanapun, sheikh ini adalah seorang presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang kaya dengan minyak dan berbangga dengan kekayaan peribadi kedua hanya di belakang Raja Arab SaudiHamad, yang juga dikenali sebagai 'Rainbow Sheikh', adalah anggota Abu Dhabi Rulling Family.

Beliau difahamkan mempunyai kira-kira 200 buah kereta termasuk tujuh buah Mercedes 500 SELs yang dicat dengan warna-warna pelangi yang berbeza dan disimpan di dalam piramid gergasi. Beliau mempunyai kecenderungan untuk melakukan sesuatu dalam skala yang besar. Beliau telah membina trak terbesar di dunia - lapan kali saiz Dodge Power Wagon, dengan empat bilik tidur di dalam kabin.

Di samping penampilan mewahnya, beliau telah menjadi dermawan yang terkenal dalam bidang perubatan dan membekalkan bilik operasi penyakit buah pinggang yang lengkap kepada hospital awam di Maghribi di mana beliau terus membiayai kakitangan hospital tersebut.

sumber : MailOnline
klik SINI untuk pembacaan penuh

APAN menambah : sumber asal dalam bahasa inggeris. ayat telah diolah semula untuk lebih memudahkan pemahaman pembaca dalam bahasa Malaysia tetapi masih membawa maksud yang sama. jika terdapat kesilapan, sila maklumkan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP