Ibarat Ular Sawa Rentung

>> 08 September 2011

cuba korang perhatikan gambar uncle ni? style tak rambut dia? info ni agak basi sebab aku tengok banyak dah entri pasal dia di blog atau website lain. dua tiga tahun lepas lagi orang lain dah tulis pasal dia. malangnya, aku baru tahu keunikan uncle ni...


daripada apa yang aku jumpa, uncle ni memiliki rambut terpanjang di dunia namun belum pernah direkodkan secara rasmi...




nampak tak? macam ular sawa rentung tu kan?

APAN dapat dari SINI!


penerangan yang aku dapat pasal dia ni memang sikit. banyak gambar je. dalam penerangan video ni di youtube pun, tak de ayat yang aku faham yang menerangkan siapkah uncle ini...

dan terjumpalah aku selepas tu serba sedikit maklumat pasal uncle ni. berikut merupakan petikan daripada odditycentral.com. klik SINI untuk pembacaan penuh.

*******
Tran Van Hay, Lelaki Dengan Rambut Terpanjang Di Dunia Mati Pada Usia 79

Fri, Feb 26, 2010
-Viet Nam News/Asia News Network

Walaupun rambutnya tidak pernah diukur secara rasmi dan tidak diperakui oleh Guinness Book of Records, pengamal perubatan herba dari Vietnam, Tran Van Hay dikenali sebagai seorang lelaki dengan rambut terpanjang di dunia.

Menurut isterinya, Tran tidak pernah memotong rambut sudah lebih 50 tahun setelah mendapat sakit yang agak serius selepas memotong rambut beliau ketika berusia 25 tahun. Dan, dalam tempoh setengah abad, beliau hanya membasuh beberapa kali, kali terakhir 11 tahun yang lalu.

Tran Van Hay meninggal dunia disebabkan sakit tua pada usia 79 tahun di rumahnya di daerah Kien Giang selepas mendedikasikan hidupnya untuk merawat orang ramai secara percuma. Isterinya, Nguyen Thi Hoa berkata personaliti Tran berubah sama sekali selepas beliau berhenti memotong rambutnya. Dia mendapat inspirasi daripada sami-sami Buddha tempatan dan hidup sebagai pengamal perubatan herba. Pada masa kematiannya, rambut Tran Van Hay sepanjang 6.8 meter dan berat sekitar 10.5 kilogram. Walaubagaimanapun, rambutnya adalah masalah sebenar bagi Tran yang tidak dapat manaiki motosikal teksi atau bekerja sebagai petani kerana terpaksa mengimbangi gulungan gergasi rambutnya di atas kepala. - via Asiaone.com

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP