Kerana Susu, Sanggup Isap Susu Lembu Dan Anjing

>> 25 September 2011

daripada apa yang aku tengok sekarang ni, susu tepung antara produk yang dilindungi di pasaraya. disusun di atas rak dan dikunci untuk mengelakkan daripada dicuri. sebelum ni kan pernah ada sindiket curi susu tepung. memang mahal la kot. aku pun tak pernah ambil tahu...

berbeza dengan dua orang kanak-kanak di bawah ni, pembesaran mereka tidak tertumpu kepada susu tepung semata-mata. mereka menjadikan susu semulajadi yang lagi jimat disebabkan masalah kewangan keluarga.

*******

Kaok Roka : Seorang lelaki tua di Kemboja menyatakan, cucunya menyusu dengan seekor lembu sejak orang tuanya pergi ke Thailand untuk mencari nafkah.

Um Oeung berkata, cucunya yang berusia 20 bulan, Tha Sophat mulai menyusu dengan lembu pada Julai lalu, setelah Sophat melihat anak lembu menyusui ibunya.

Pada awalnya, Oeung menghalang cucunya, namun lama kelamaan datuknya itu menyerah kalah ketika cucunya itu memberontak. Sophat pun menyusu kepada lembu selama satu atau dua kali sehari. Demikian seperti dipetik dari Associated Press, pada 10 September.

Sophat hidup bersama datuknya di daerah Siem Reap yang terletak di bahagian utara Kamboja semenjak orangtuanya pergi ke Thailand untuk mencari pekerjaan.

Oeung menyatakan, lembu tersebut tampak tidak keberatan ketika Sophat menyusu dengannya. Meski demikian, Oeung sangat bimbang akan kesihatan cucunya yang menyusu dari lembu secara langsung.

Kerana di setiap susu lembu yang belum dimasak tentunya mengandungi bakteria.


klik SINI untuk pembacaan penuh

*******


Ibu budak dalam video di atas meninggalkannya di bawah jagaan anjing tatkala pergi bekerja. Sejak berumur 2 tahun lagi budak ini sudah menyusu dengan anjing peliharaan keluarganya.

Bagusnya anjing tersebut kerana duduk diam sahaja apabila budak ini memerlukan perkhidmatannya…macam-macam.

sumber : bestoneoffour
klik SINI untuk pembacaan penuh

*******
aku rasa banyak lagi kes macam ni di luar negara. semua ini kerana hidup dalam keluarga yang susah. kesimpulannya, belajar rajin-rajin. cari kerja dan berilah susu yang terbaik untuk anak-anak nanti. sanggup ke nak bagi anak isap puting makluk lain? haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP