Majalah Komik Hiburan - Utopia

>> 18 September 2011

utopia, majalah komik hiburan yang pernah menjadi kegilaan aku suatu ketika dulu. minat aku membaca utopia ni bermula ketika aku tinggal di asrama masa tingkatan 1. selain buku teks sekolah, macam-macam bahan bacaan  yang aku jumpa masa aku kat asrama dulu...cuma utopia ni lain sikit. best bila baca ma...


walaupun minat yang agak mendalam untuk membaca utopia ni, aku tak pernah pun beli guna duit aku sendiri. meminjam daripada membe lebih baik masa tu sebab aku duduk dalam dorm. kalau dah 15 orang duduk satu dorm, merata nanti nak cari balik. tambah-tambah kalau dah sampai kat dorm sebelah. masa tu kesedaran sivik bukan ada lagi, bila dah pinjam buat macam harta sendiri. lagipun masa tu memang tak terniat lansung nak beli mende-mende gitu. rela aku beli mende lain...


sehinggalah masa aku tingkatan 4, aku berpindah masuk ke mrsm. rindu kat asrama dan dorm lama memang payah nak hilang ma. masa kat mrsm, belum jumpa lagi membe lain yang baca utopia ni. nak tak nak kena beli sendiri kalau nak baca.

lagipun bila beli, dapat gak imbas kenangan masa kat asrama lama dulu. keselamatan buku pun tinggi sikit sebab kat mrsm duduk dalam bilik. 4 orang satu bilik. tak merayap jauh pun kalau aku beli...

beli punya beli, jadi macam tabiat lak. setiap keluaran terbaru mesti aku pergi cari kat kedai. tu pasal siap ada cap mohor kat muka depan tu. kononnya nak buat koleksi la...


bila balik kampung baru ni, mak aku kemas-kemas bilik sebagai persediaan kahwin abang aku. tiba-tiba masa aku jalan keluar ke pintu belakang, mak aku dah letak koleksi utopia aku ni kat luar pintu belakang. gayanya macam nak jadi bahan bakar kat belakang rumah je.

aku malas nak tanya. kalau nak buang pun aku tak kisah sebab aku dah tak baca semua tu. aku pun angkat la semua koleksi utopia aku tu ke tempat bakar sampah. lagi elok aku sendiri yang bakar rasanya...


malangnya semua yang diniatkan tu tak kesampaian. lepas je aku tangkap gambar kenangan sebelum nak bakar, rasa tak sampai hati lak. aku pun angkat balik letak atas rak kat belakang rumah aku...

mak aku tanya, "kenapa angkat balik". aku menjawab "nanti dulu la". mungkin belum masanya...

aku rasa utopia ni dah tak de dalam pasaran sekarang. aku cuba masuk laman  Gempak Starz tapi tak jumpa pun perkataan utopia. rugi la budak-budak sekarang tak dapat baca. huhu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP