Dhab - Baik Untuk Tenaga Batin

>> 14 Oktober 2011

dalam entri Nasi Briyani Special - Arab Mari, dhab digunakan sebagai salah satu lauk untuk dimakan bersama nasi di negara arab. dalam entri ni pula, ada beberapa lagi maklumat menarik pasal dhab ni.

*****
Sejenis haiwan padang pasir Negara Timur Tengah Seperti Arab Saudi, Mesir & Sudan. Khasiat dhab disebut dalam kitab-kitab lama seperti Hayatul Halwanul Kubra, Ma Jaa Fi Dhobi Anil Arab, Tajul Muluk dan Attibbil Nabawi.



Dhab amat dikenali masyarakat Badwi Arab yang mendiami padang pasir dan lereng-lereng gunung. Dipercayai salah seekor dari 3 haiwan yang ditakdirkan Allah S.W.T. membantu Rasulullah S.A.W. ketika melarikan diri daripada kaum Quraisy (menghilangkan kesan tapak kaki ke gua).

Jangka hayat dhab amat panjang. Mampu hidup sehingga 200 tahun. Daya tahan tinggi sehingga mengambil masa satu hari untuk mati setelah disembelih.



Dhab berkepala seperti penyu. Lidah tidak bercabang. Ekor berduri seperti buaya. Tidak minum air. Hanya memakan tumbuh-tumbuhan rumput kaktus padang pasir.

Terdapat dua pundi lemak berpaut di dalam perut dhab. Amat mustajab dijadikan minyak urut. Daging haiwan ini dikeringkan untuk dijadikan kapsul merawat penyakit urat saraf, tenaga lelaki serta penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, gout, asma dan alahan tubuh.


*****
sedikit petikan daripada wikipedia :

Biawak ini halal dimakan oleh orang Islam dan dikatakan merupakan sejenis ubat perangsang tenaga batin tradisional. Bagaimanapun tiada kajian saintifik pernah dilakukan mengenainya.

Sebagai sejenis biawak, dhab merupakan haiwan
reptilia yang berdarah sejuk, membiak secara bertelur, dan mempunyai kulit bersisik tebal.

1 komen:

Unknown 10:08 PTG, Julai 16, 2016  

sesiapa yg inginkan dhab hidup boleh sms/call/wassap sy di no 0134469769 tq

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP