Kekeliruan Hukum Makan Dubuk

>> 21 Oktober 2011

Dubuk atau dalam bahasa Inggeris disebut hyena ialah binatang dalam keluarga Hyaenidae. Terdapat empat spesies dubuk yang wujud iaitu spotted hyena, brown hyena, striped hyena dan aardwolf. Jika kita menyaksikan dokumentari seperti Animal Planet atau National Geographic di televisyen pasti kita menyedari bahawa dubuk ini tergolong dalam kategori pemangsa atau karnivor. Persoalannya, bolehkan kita sebagai seorang Muslim makan dubuk?


argh...failed nak tulis ayat rasmi. di Faridrashidi.com, korang boleh jumpa maklumat yang mengatakan dubuk boleh dimakan dalam entri bertajuk Bolehkah Haiwan Ini Dimakan? berikut merupakan petikan daripada entri beliau...

*****
*gambar dubuk yang digunakan dalam entri tersebut. mengikut pemerhatian aku, ini ialah spesies spotted hyena.
Dubuk adalah sejenis haiwan berwajah bengis seakan-akan anjing dan serigala. Dalam bahasa arab, dubuk dipanggil Dubu'.

Hukum Memakan Dubuk

Ulama' telah berselisih pendapat mengenai hukum memakan dubuk kepada dua pendapat :

1. Harus memakan dubuk bagi pendapat Imam Syafie, Hanabilah, Zohiriyyah dan jumhur fuqaha'.
Pendapat ini berdasarkan kepada hadis Abdul Rahman bin Abi Umar. Beliau telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah r.a. berkenaan dubuk. Katanya: Adakah engkau makan? Berkata Jabir: Ya. Kata Abdul Rahman: Adakah engkau memburunya? Kata Jabir: Ya. Beliau berkata: Adakah engkau mendengarnya dari Rasulullah SAW? Kata Jabir: Ya. (Dikeluarkan oleh Abu Daud dalam sunannya)
2. Tidak boleh makan dubuk bagi mazhab Abi Hanafiah, Abi Yusof Muhammad Ibn Hassan dan pendapat mahsyur dari Imam Malik.

Ini berdasarkan hujjah umum dari kata-kata baginda SAW: "Memakan setiap binatang bertaring daripada binatang buas adalah haram." Dan Dubuk ini adalah haiwan buas.

Berkata Al-Auza’ei: Sesungguhnya Ulama' Syam tidak makan binatang buas dan makruh kita memakannya.

Dalam masalah ini, ulama' telah mengeluarkan pelbagai pendapat samada dari kalangan yang mengharuskan makan atau pun tidak. Namun begitu, di sana wujud pendapat rajih yang mengatakan bahawa harus memakan haiwan dubuk mengikut pendapat yang pertama. Manakala pendapat yang kedua adalah dalil umum dan telah dikhususkan oleh dalil yang pertama.

Tidak ada masalah jika sesiapa mahu memakannya ataupun tidak. Wallahu a'lam.

*****
entri ini telah menjadi thread dalam beberapa forum...antaranya di CariGold, Halaqah dan Digital Mukmin. dalam beberapa forum tersebut juga disertakan video seperti di bawah :


aku tak faham pun apa yang dituturkan dalam video ni sebab dalam bahasa Arab tapi kalau dilihat pada tajuknya, "Daging dubuk liar halal dimakan".

dalam forum CariGold, komen saudara ni menarik perhatian aku:
Bukan semua dubuk yang boleh dimakan. Dubuk belang je boleh dimakan sebab dia bukan 100% karnivor. Dia makan tumbuh2an sekali sebagai makanan ruji. 
Kat dunia ni, aku rasa kat Pakistan dan Iran je yang makan dubuk belang ni. Kalau mazhab Maliki, singa, beruang, buaya dan binatang makan daging boleh dimakan sebab bagi diorang hukumnya makruh je. 
Kalau aku, aku tak nak makan dubuk belang ni. Tak selera le
dan ni pula komen menarik dalam forum Halaqah:
ustaz azhar doh jelaskan pada hari kuliah di cenderawasih kuantan baru nims..bahawa dubuk yang halal ialah sejenis dubuk yang makan buah-buahan, bukan dubuk mcm dalam national geograpy to.. jenis makan daging
dan yang terakhir dalam forum Digital Mukmin. mengikut pengetahuan aku, website ni kepunyaan Ustaz Azhar Idrus. dan kalau menggunakan nama ustaz dalam forum tu, aku rasa mestilah tu Ustaz Azhar Idrus yang dimaksudkan. berikut jawapan beliau dalam thread tersebut,
Jika dubuk jenis makan bangkai seperti yg dapat dilihat dalam filem dokumentari atau rancangan Animal Planet yg byk terdapat di Africa itulah yg haram dimakan kerana termasuk dalam binatang bertaring yang diharamkan dalam hadith2 yg sahih. 
Dubuk yg halal dimakan seperti yg terdapat dalam hadith Jabir itu ialah dubuk yg tidak memakan bangkai tetapi memakan binatang2 kecil dan serangga.
untuk mengurangkan lagi kekeliruan, boleh tengok ceramah Ustaz Azhar Idrus di bawah ni. durasi video asal 12 minit. bab dubuk dalam minit ke-9 dan ke atas.


dah tengok video kat atas ni? faham tak? mengikut pemahaman aku, penerangan Ustaz Azhar tak sama dengan isi dalam entri Bolehkah Haiwan Ini Dimakan? harap entri ni dapat mengurangkan kekeliruan. sebarang teguran amat dialukan :)

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP