Template Blog Menarik Di Our Blogger Templates

>> 08 October 2011

sudah hampir setahun aku guna template kat bawah ni dalam blog aku. dari aku mula kerja sampai 5 Oktober lepas. memang sayang nak tukar sebab cambes je template lama ni...


cuma masalah template lama ni ialah aku tak boleh nak pasang header. kalau masukkan header, mesti bergelimpangan kat atas tuh. aku lak tak pandai nak adjust bab-bab header ni...

sepanjang menggunakan khidmat template lama, aku memang ada mencari template baru untuk blog. antara laman yang selalu aku masuk untuk cari template blog ialah BTemplates dan Deluxe Templates. aku selalu masuk sini sebab kat sini mesra user. senang nak view dan pilih template yang kita nak...

tapi memang payah nak jumpa template yang aku berkenan. banyak template baru macam advance sangat bagi aku...


akhirnya jumpa gak template yang dicari di Our Blogger Templates. memang semua template dalam ni simple je seperti dalam gambar kat atas ni. macam mana selama ni aku boleh tak perasan...


akhirnya bertukar gak wajah blog aku dengan memilih tema hijau macam sekarang ni. nak post entri pun tak sempat. rabak mata tengok code html je...


kat atas ni lak paparan page element untuk template ni. aku pun tak tahu nak guna istilah apa untuk gambar kat atas ni. boleh dikatakan semua bahagian dah siap pasang. tunggu kita 'add a gadget' je. kira senang la untuk blogger macam aku. dan aku berpuas hati dengan template dari Our Blogger Templates ni.

kalau masih mencari template menarik untuk blog, bolehlah cuba cari kat laman ni. tapi kalau nak cari seketul macam kita nak memang payah nak jumpa kot. nak tak nak, kenalah adjust code html sikit-sikit. haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP