Trex Pun Ada Burung

>> 31 October 2011

aku tak tau apa nama yang tepat untuk mende kat bawah ni. yang pasti ini keychain bergantungkan burung hantu. aku rasa la. tak sangka lak boleh dapat betul-betul mende ni. dapat dua lak tu...


Trex yang bagi kat aku mende ni. dia buat mende ni sendiri. aku pun tak tau berapa kos nak buat or jual mende ni. yang penting aku dapat free. baik betul dia. dah la nak pos laju ke office aku tu pun guna duit dia sendiri. kali pertama dapat mende free daripada blogger lain. terbaiklah kamu sis! huhu... 


bolehlah jadi penambah seri atas meja aku lepas ni. bosan gak asek pandang drawing ngan kalendar je atas meja. ada mende ni sedap gak mata. cubalah masuk blog dia. mari ramai-ramai klik SINI! mana tau dia nak bagi burung lagi besar ke. papepun, tq sis! nasib baik dapat warna berunsur kelakian...


dan hari ni gak aku dapat passport kat atas ni. harap lebih cerahlah peluang nak masuk site lepas ni. sepanjang aku kerja, tak pernah lagi masuk site. harapkan pengalaman masa praktikal dulu jelah. nasib baik...


dan hari ni gak, aku perasan ada masalah yang agak besar kat parking rumah sewa aku. sebelum ni nampak tanda retak je, sekarang dah terpisah dari tiang. bila-bila masa je boleh jatuh kot. nasiblah kereta housemate aku yang parking situ nanti. aku dah bitau kot...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP