Bekas Skinhead Jalani 25 Pembedahan Selama 16 Bulan Untuk Buang Tatu

>> 28 November 2011

Tatu yang menutupi muka seorang lelaki menunjukkan kebencian dan perkauman yang pernah wujud di dalam dirinya. Bryon Widner adalah salah seorang samseng skinhead kulit putih Amerika yang yang paling ganas dan terkenal, dan ia boleh dilihat dengan jelas pada tatu yang banyak di bahagian mukanya. Selepas meninggalkan kumpulan skinhead, dia masih gagal mencari pekerjaan kerana keadaan mukanya yang bertatu. Dia mengambil keputusan untuk menjalani satu proses panjang dan rumit untuk menghilangkan tatu di wajahnya dengan harapan dapat memulakan satu kehidupan baru.


Selepas 25 pembedahan yang mengambil masa selama 16 bulan untuk siap sepenuhnya, masa lampau Widner kini hilang daripada pandangan. Kini, dia ingin menjadi seorang bapa dan masyarakat yang bekerjaya.

Widner mahu anaknya Tyrson yang berusia 4 tahun membesar bersama seorang bapa yang boleh dibanggakan.

Selepas berkahwin pada tahun 2006, Widner dan pasangannya, Julie Widner yang merupakan bekas tulang belakang pergerakan white power ini bekerja keras untuk meninggalkan sifat perkauman mereka. Mereka menetap di sebuah rumah dan mendapat seorang anak lelaki.



Widner sering bermain permainan video bersama Tyrson dan menganggap anak tirinya, Mercedez (belakang) seperti anaknya sendiri.

Widner dan keluarganya boleh menjadi sasaran bunuh dan serangan ke atas rumah mereka.

Anak angkat perempuan pasangan Widner yang berusia 9 tahun, Isabella. Mereka boleh merasa aman kerana beberapa pegawai polis tinggal berhampiran tetapi mengakui terdapat risiko daripada orang awam yang mengecam dunia ganas mereka sebelum ini.

Widner membenarkan MSNBC merakamkan detik membuang tatu untuk sebuah filem dokumentari dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada orang lain.

Widner dan isterinya Julie diberi tepukan gemuruh selepas tayangan filem dokumentari yang memaparkan kisah keluarga mereka.

Selepas tayangan dokumentari yang diarahkan oleh Bill Brummel, seorang wanita kulit hitam memeluk sambil menangis Widner sambil memaafkannya.

sumber : MailOnline


kalau di Malaysia, kita ada ACAB dan kemudiannya ditukar menjadi The ACAB. sebuah band otai yang menjadi ikutan skinhead Melayu. bangsa lain takde join skinhead rasanya kalau di negara kita ni. salah seorang anggota band tu bernama Megat. macam-macam cerita aku dengar pasal dia ni dulu sebab aku layan gak lagu ACAB ni. sekarang ni pun simpan lagi lagu-lagu dorang. tapi aku bukan skinhead...

ini apa yang aku baru tahu pasal Megat ni. difahamkan yang dia ni pun dah berubah. bagus la...hijrah yang baik!

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP