Kursus Kahwin Di Masjid Sultan Ahmad Shah

>> 21 November 2011

dulu, masa kolej aku anjurkan kursus kahwin aku tak pergi. konon-kononnya ganas sangatlah masa tu. padahal dah bayar sekali yuran masa awal semester kot. alasan aku masa tu, banjir...malas nak berbaju Melayu meredah air banjir pergi kursus kahwin.

bila dah kerja ni, kesedaran untuk pergi tu timbul disebabkan membe office aku ajak. lagipun elok pergi berteman daripada pergi sorang-sorang je nanti. nak tak nak isi je la borang dan bayar RM80. lagi pun aku dengar tempoh kursus kahwin lepas ni mungkin akan makan masa seminggu. bila waktu kursus semakin panjang, automatik yuran kursus pun meningkat. aku rasa eloklak kalau pergi kursus kahwin awal-awal.

tanggal 19 dan 20 November 2011, aku pergi kursus kahwin di Masjid Sultan Ahmad Shah. dua hari duduk dalam dewan sambil dengar ceramah. ada dalam 7 atau 8 modul semuanya. setiap modul disampaikan oleh penceramah yang berbeza. sempat gak pejam mata lama-lama masa 2 hari kursus tu. tak tahan ma...

salah satu gambar yang digunakan oleh penceramah

kalau nak pergi kursus kahwin, eloklah baca etika berpakaian dalam borang tu sikit-sikit. jangan sampai kena sebut dalam dewan tu nanti dah la. ada mamat sorang hari tu, samseng sangatlah kot. rambut kalau nak pacak tu tak kisah sangat la. ni siap berkaler lagi. padan muka. hari kedua terus pakai kopiah. haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP