Pencakar Bumi Bandar Mexico

>> 02 November 2011

Para arkitek telah mereka 'pencakar bumi' 65 tingkat yang luar biasa di mana ia menjunam 300 meter ke dalam tanah. Piramid terbalik yang menakjubkan di tengah-tengah Bandar Mexico ini direka kerana kekangan had ketinggian untuk bangunan baru di ibu negara tersebut. Bangunan bawah tanah ini akan dibahagikan kepada empat bahagian - rumah, kedai dan muzium masing-masing akan diperuntukkan 10 tingkat, manakala 35 tingkat lagi diperuntukkan untuk pejabat.

senibina unik
Dalam: 'Pencakar bumi' 65-tingkat ini direka menjunam 300 meter ke dalam tanah di bawah Bandar Mexico.

senibina unik
Mercu tanda: 'Pencakar bumi' ini akan terletak di bawah dataran utama bandar, dan di atasnya dinaikkan bendera gergasi Mexico. Esteban Suarez, dari firma seni bina BNKR Arquitectura berkata bangunan ini juga akan menempatkan pusat kebudayaan yang baru.

senibina unik
Skala epik: Komplek yang besar ini bertujuan untuk menepati undang-undang perancangan bandar, yang menetapkan bangunan tidak boleh lebih daripada lapan tingkat tinggi.
senibina unik
Menakutkan: Teras diperbuat daripada kaca untuk memastikan semua bahagian bangunan ini menerima cahaya matahari semula jadi daripada dunia luar.

senibina unik
Hijau: Bahagian dalam bangunan yang sepatutnya kelihatan semula jadi dan mesra.

senibina unik
Santai: Para pereka menjangkakan kawasan awam bangunan ini akan menjadi destinasi popular bagi mereka yang ingin lari daripada kesibukan bandar.

senibina unik
Warisan: 'Pencakar bumi' ini dijangka mempunyai sebuah muzium dan pusat kebudayaan yang akan meneroka sejarah Mexico dan piramidnya.

senibina unik
Perhubungan: Gambar ini menunjukkan stesen metro yang dicadangkan akan melalui 'pencakar bumi', betul-betul di bawah paras bumi.

senibina unik
Cekap: Penggunaan kreatif ruang akan membenarkan dataran utama digunakan untuk acara-acara seperti konsert dan perarakan tentera.

senibina unik
Tidak mengganggu: Salah satu kelebihan struktur yang luar biasa ini adalah ia akan mewujudkan ruang di tengah-tengah Bandar Mexico, yang penuh dengan bangunan-bangunan bersejarah yang tidak boleh dirobohkan.

senibina unik
Besar-besaran: Ruang yang meliputi 'pencakar bumi' ini akan mencecah sehingga 240 meter persegi di tengah-tengah ibu negara Mexico.

senibina unik
Hari ini: Pemandangan dataran utama sebagaimana ia kelihatan kini, akan diubah secara radikal.
Pautan: Mail Online

Memang style habis kalau projek mega ini betul-betul menjadi. Asek Pak Arab je buat projek mega. Sekali-sekala bagi peluang negara lain gak nak dapat nama. Malaysia pun patut buat perancangan sebegini kot. KLCC ngan Menara KL dah ketinggalan. Sampai bilalah nak mengharapkan bangunan-bangunan tu. Area Pahang ni banyak lagi tanah kosong kot. haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP