Penyamun Berparang Gagal, Namun Tiga Beranak Ditetak

>> 01 November 2011

KUALA LUMPUR: Bagaikan telur di hujung tanduk. Itu perumpamaan bagi menggambarkan nasib tiga beranak yang ditetak bertubi-tubi dua penyamun bersenjatakan parang dalam kejadian di sebuah kedai runcit di Bandar Mahkota Cheras, di sini, Rabu lalu.


Mangsa yang enggan dikenali berkata, dua daripada lelaki itu yang memakai topi keledar masuk ke kedainya dan berpura-pura untuk membeli barang manakala dua lagi rakan mereka menunggu di luar. 

Akibat pergelutan itu, pemilik kedai berusia lewat 40-an menerima 10 jahitan di kepala, isterinya yang berusia awal 40-an pula lapan jahitan di kedua-dua tangan manakala anak lelaki berusia 19 tahun, enam jahitan di kepala. 

Kejadian bermula jam 1 tengah hari, apabila sekumpulan empat lelaki menaiki dua motosikal berhenti di hadapan premis berkenaan.

“Kedua-dua mereka tiba-tiba mengeluarkan sebilah parang yang disembunyikan di pinggang mereka dan mengacukan senjata berkenaan ke arah saya. 

“Tanpa berfikir, saya mengeluarkan kayu yang disembunyikan di bawah kaunter wang sebelum memukul seorang daripada mereka,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

aku copy separuh je berita ni. boleh sambung baca di myMetro. kat bawah ni rakaman CCTV kedai runcit tersebut...


berani giler family ni. seram ma tengok...nasib baik tak serius sangat cedera. penyamun pun lari lepas tu. cuak gak muka yang sekor tu bila dia nampak tuan kedai pegang kayu. kasi tangkap ini olang! 

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP