Review Immortals : Kisah Purba Ganas

>> 13 November 2011

aku ada baca review filem Immortals ni di HafizRahim.Com. tak tau pun ada tayang filem ni kat panggung. lepas baca review dalam tu, rasa cambes je kalau dapat tengok. dan-dan sorang membe aku ajak keluar mencari barang. lepas setel barang, aku try cucuk membe aku tengok citer Immortals ni...

lepas habis tengok baru aku tau citer ni daripada penerbit 300. tu pasal aksi dalam tu style semacam je. yang dah tengok 300 mesti tau macam mana aksi dalam tu dan dalam citer ni pun aksi yang lebih kurang sama turut diselitkan. terpancut-pancut darah keluar dan aku rasa ada scene yang mungkin telah dipotong.

lagi, citer ni berunsur ketuhanan atau kedewaan. dia punya tagline dalam poster pun, The Gods Need A Hero. kalau tak baca sinopsis sebelum pergi tengok mungkin payah sikit nak paham jalan citernya. jadilah macam aku nanti. haha...


untuk mengelakkan 'apakah' semasa menonton, aku masukkan sekali sinopsis filem Immortals. aku 'salin' dari KOSMO! Online.

Sinopsis: Filem Immortals adalah kisah purba Greece mengenai seorang wira muda yang mencetuskan peperangan ke atas Dewa Gagah Perkasa untuk menyelamatkan manusia. Aktres Freida Pinto membawa watak seorang puteri yang dikenali sebagai Pheadra manakala aktor Henry Cavill pula membawa watak wira muda bernama Theseus. Filem ini mengujakan penonton dengan aksi, kisah cinta dan kesan khas yang mendebarkan.

banyak filem, trailer gempak tapi bila tengok macam taik. yang ni aku jamin, citernya seindah dengan trailer. haha...



kalau yang dah tengok Real Steel mesti perasan satu nama ni, Zeus. robot yang kononnya paling kuat dan canggih masa tu. dalam Immortals ni pun ada Zeus gak. aku rasa ni la asal nama Zeus tu. aku rasa la. haha...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP