Satu Cerita - Mak Apan Hilang

>> 29 November 2011

pernah dulu aku google nama sendiri - APAN, sebab nak tengok result apa yang keluar. antara result yang pernah keluar masa tu termasuklah satu story ni. tapi aku tak pernah baca sampai habis pun sebelum ni...

baru-baru ni, membe office aku forward story tu ke aku. siap tukar nama tempat dalam story tu kepada nama kampung aku. masa ni baru aku rajin nak baca sampai...

*****
Pagi tadi di opis, dalam pukul 9, sedang gua kaver line klik fesbuk sikit-sikit, Apan mundar mandir belakang gua dengan muka kusut masai. Dari tadi gua tengok Apan hilang punca di sekitar sektor operasi. Muka macam ada masalah.

"Lu kenapa ni Apan?" - Gua tanya demi meminta kepastian. Gua dengan Apan ni kira ngam juga la. Budak Chini, umur muda sikit dari gua dan tak berapa hensem. Kalau tatap muka dia lama lama boleh naik menyampah juga. Dia baru setahun kerja dengan kompeni gua. Sebelum masuk sini, Apan banyak hendel bisnes sendiri dan selalu rugi.

"Mak gua hilang la.." - Apan berbisik perlahan. Gua punyala terperanjat!

"Mak lu hilang? Bila hilang?" - Dada gua tiba-tiba mengepam keluar masuk laju-laju. Berdebar tak payah cakap la, kencang macam kuda.

"Petang semalam..dah cari merata tak jumpa". Apan berlalu meninggalkan gua menuju ke bahagian budak-budak human resource. Gua tak tahu apa benda yang dia sedang fikir dalam kepala. Gua nak tanya lebih-lebih, risau kena pukul pula. Apa yang gua tahu sikit-sikit, mak dia memang duduk rumah tak kerja, ayah dia kerja penolong kanan. Lagi dua tiga tahun nak pencen.

Kira-kira lima belas minit kemudian, dari jauh gua nampak Apan berjalan semula masuk ke sektor operasi. Kali ni muka dia tak kusut macam tadi dah, sebaliknya ceria macam muka Lan kumpulan The Typewriter.

"Mak gua dah jumpa.." - Kelegaan jelas terpampang di bibir Apan. Gua cepat-cepat bersyukur.

"Alhamdulillah..Jumpa kat mana?" - Dan dengan penuh keceriaan, jujur, ikhlas, tawadduk serta wajah disinari warna warni rama-rama yang tiada belas kasihan pada gua, Apan membalas padu - "Dalam sinki penteri".

Gua terus tendang komputer sampai bersepah atas lantai. "MUG la Apan..MUG..!! pronunciation macam jahanam!" Sia sia gua berdebar. Pagi-pagi sudah bikin hati membara.

*Chini = kampung aku

*****
sekarang ni kalau google balik nama aku, payah dah nak jumpa result yang keluar story ni. aku nak tahu gak penulis asal story ni. entah kisah benar atau rekaan semata-mata. kalau kisah benar, memang sengallah si APAN tersebut. APAN di sini bukan macam tu rasanya. haha...

contoh sengal

apa story lak yang keluar kalau korang google nama korang?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP