Komuniti Ini Makan Sampah Untuk Hidup

>> 25 December 2011

Hanya 30 kilometer dari kuil Kemboja yang terkenal iaitu Angkor Wat, terdapat satu pemandangan mengejutkan yang tidak dilihat oleh para pelancong. Apa yang dimaksudkan ialah kewujudan sebuah komuniti kira-kira 500 orang yang tinggal atau hidup di tempat pembuangan sampah di pinggir bandar Siem Reap.

Seorang 'photojournalist' Sepanyol, Omar Havana menghabiskan masa selama tujuh bulan dari Oktober 2010 hingga April 2011 untuk mendekati komuniti ini di tapak pembuangan sampah dan mendokumenkan kehidupan mereka. Beliau berkata apa yang dilihat ialah "dari dunia lain", tetapi mereka hidup gembira. Berikut gambar dan cerita yang telah dikongsi oleh Havana kepada ABC News Online.

Kanak-kanak dan ibu bapa mancari makanan.

Suatu hari di Kemboja, seorang budak lelaki memberitahu saya bahawa dia telah hidup selama bertahun-tahun di tempat pembuangan sampah. Saya cuba sedaya upaya mendapatkan kebenaran untuk melawat mereka tetapi tidak berhasil, jadi saya membuat keputusan untuk pergi tanpa kebenaran. Apa yang saya lihat di sana dari dunia lain. Secara keseluruhan, terdapat kira-kira 500 orang yang bekerja di sana, kebanyakan mereka juga hidup, tidur, makan dan minum di sana. Setelah tinggal selama beberapa bulan di sana, saya turut berpeluang melihat kelahiran seorang bayi.

Seorang wanita menyuap anak kecil di bawah tempat berteduh.

Dengan 34% daripada jumlah penduduk yang hidup dengan pendapatan kurang daripada $1 sehari, mereka yang tinggal di tempat pembuangan sampah sekurang-kurangnya boleh mencari makanan dan tempat tinggal. Mereka mendapat kira-kira 35 sen setiap hari untuk kerja selama 14 jam.

Seorang budak lelaki memanjat tong untuk mencari makanan.

Mereka hidup secara nomad. Mereka bergerak dari satu tempat ke tempat pembuangan sampah lain apabila tempat mereka berada ketika itu penuh, biasanya setiap empat tahun atau lebih. Seumur hidup mereka di tempat pembuangan sampah. Mereka hanya bergerak antara satu tempat ke tempat lain.

Seorang budak perempuan tersenyum, dikelilingi oleh sisa buangan.

Mereka adalah orang biasa. Kebanyakan kanak-kanak kecil berumur antara 3 hingga 15 tahun dan mereka sentiasa tersenyum - itu adalah apa yang paling mengejutkan saya. Bau begitu kuat sehingga ia masuk ke dalam tekak anda. Anda boleh rasa bau tersebut. Mata anda dipenuhi dengan air mata. Keperitan yang amat besar, tetapi lama-kelamaan anda akan terbiasa dengannya.

Orang dewasa bersungguh-sungguh mendapatkan makanan semasa sisa buangan segar tiba.

Suatu hari, seorang budak lelaki membawa beg darah bertanya kepada saya mengapa rakyat di negara saya tidak pernah tersenyum. Saya tidak tahu apa yang perlu dijawab. Sementara dia melihat darah yang dibawa sebagai santapan istimewa, dia menjelaskan kepada saya, "saya tersenyum sepanjang masa, saya bernasib baik. Hari ini, saya akan makan ini dan esok saya akan melihat matahari lagi".

Budak lelaki menunjukkan hasil pencariannya.

Mereka seolah-olah kebal daripada sampah. Penyakit normal jarang berlaku, biasanya ialah cirit-birit dan sakit perut atau selesema. Sesuatu yang sangat biasa ialah ada mengalami luka dan lebam-lebam, kerana kebanyakan kanak-kanak berkaki ayam di tengah-tengah longgokan sampah.

Dua orang sahabat yang masih kecil berpelukan.

Pada dasarnya, tempat pembuangan sampah adalah pusat membeli-belah mereka. Semua yang mereka perlukan untuk terus hidup datang dari sini. Mereka selalu memberitahu saya bahawa mereka bernasib baik jika mereka menjumpai pisang kerana ia bersih ditutupi kulit.

Seorang wanita mendapatkan air.

Sampah-sampah itu datang dari Siem Reap, bandar pelancongan utama di Kemboja di mana terdapat banyak hotel termasuk beberapa yang mempunyai bilik-bilik melebihi $1,500 untuk satu malam. Ia adalah sebuah bandar hampir 150,000 orang.

Timbunan sisa-sisa.

Mereka berhak untuk dikenali, mereka berhak untuk mempunyai suara dan saya fikir senyuman mereka adalah cara terbaik mereka boleh menunjukkan diri mereka. Mereka gembira semata-mata kerana esok mereka akan melihat matahari.

Seorang budak perempuan duduk bersama sampah.

Saya perlu bersikap jujur​​, saya tidak rasa tempat itu menyedihkan. Saya gembira setiap masa ketika saya bersama mereka yang tinggal di sana.

Seorang budak perempuan ketawa sambil berlari mencari makanan. 

Kesedihan dan air mata datang selepas itu, apabila anda berada di dalam bilik hotel anda, dikelilingi oleh perkara-perkara kebendaan dan anda tidak melihat senyuman dan wajah-wajah orang yang tinggal di sana (hotel) masuk ke memori anda - itu apabila kesedihan datang menyerang anda.

Kanak-kanak tempat pembuangan sampah.

Saya menggelar Kemboja, Dunia Yang Dilupakan. Dengan fotografi, kita tidak boleh mengubah dunia, tetapi kita boleh mengubah fikiran dan menyentuh perasaan. Itulah sebabnya saya menjadi seorang jurugambar...untuk memberikan suara kepada orang ramai dalam diam. - ABC News

APAN menambah : Mereka hidup susah tapi masih boleh tersenyum. Aku tengok gambar sisa makanan tu pun aku dah boleh bayangkan macam mana baunya. Apa lagi kalau nak makan semua tu. Ada juga ke kes macam ni di Malaysia?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP