Semakan Daftar Pemilih - Aku Dah Boleh Mengundi

>> 12 Disember 2011

Agak lama jugalah aku dah daftar sebagai pengundi. Masa tu aku sedang bersiar-siar dalam ECM bersendirian. Buntu kerana hilang arah tuju, aku ternampak kaunter untuk daftar pengundi. Nasib baik percuma. haha...

Selepas kejadian tu, aku dimaklumkan semakan status aku sebagai pengundi boleh dibuat selepas tiga bulan dari tarikh aku daftar. Memang niat untuk semak tu ada tapi tidak pernah kesampaian sebab sibuk sangat kononnya.

Sehinggalah aku terjumpa link dalam entri bro Yastro. Mudah sangat rupanya kalau nak semak. Klik Semakan Daftar Pemilih kepada sesiapa yang masih belum berkesempatan untuk semak macam aku. Semudah abc je pun. haha...


Sistem ini menyediakan kemudahan untuk menyemak lebih dari seorang pemilih secara serentak (boleh semak sehingga tiga orang sekaligus). Ia membolehkan pemilih yang menghuni sesebuah rumah atau mendaftar dengan menggunakan alamat yang sama mengesahkan sama ada mereka didaftarkan di kawasan Parlimen, DUN, Daerah Mengundi dan Lokaliti yang sama.

Mengundi atau tidak, itu belakang kira. Yang penting kita daftar sebagai pengundi dulu. Ye dak?

1 komen:

nurmisnan 12:49 PG, Disember 12, 2011  

wahhhhh... kau dah besar rupanya..
sudah boleh mengundi... bagus3...

Aku plak.. bila ekkk nak mengundi? hmmmm

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP