Suka Rakan Sejenis

>> 24 December 2011

Saya lelaki berusia 19 tahun dan mempunyai kehidupan bahagia kerana semua permintaan saya dipenuhi keluarga. Namun masalah saya ialah saya mengamalkan hubungan songsang. Saya meminati rakan sejenis. Hati dan nafsu saya lebih cenderung kepada lelaki. Kadangkala saya seronok dan gembira menjalin hubungan homoseksual.

Bukan saya tiada naluri menyukai perempuan, tetapi pengalaman gagal dalam cinta menyebabkan saya bosan menjalin hubungan cinta dengan wanita. Bagi saya, wanita hanya ingin memperalatkan saya. Apabila habis mempergunakan saya, mereka tinggalkan saya begitu saja.

Perubahan menjadi gay bermula sejak saya masuk kolej. Di sana ramai teman saya adalah golongan ini. Kadangkala kami melakukan hubungan terlarang ini beramai-ramai. Disebabkan itu saya ada ramai kenalan gay di laman sosial facebook. Malah, berbekalkan rupa kacak memudahkan saya mendapat ramai teman. Tambahan pula yang tertarik kepada saya juga tampan.

Buat pengetahuan Dang Setia, kini saya ada 12 teman lelaki. Semua teman lelaki saya menjaga saya dengan baik dan setia pada saya. Malah ada kekasih saya mengugut membunuh diri jika saya memutuskan hubungan dengannya.

Saya kini sedar saya terjebak jauh dengan kehidupan songsang ini. Saya rasa lemas bergelumang dengan dosa dan ingin kembali kepada kehidupan lelaki normal. Namun setiap kali saya cuba berubah, nafsu akan menguasai saya. Saya turut memikirkan ibu bapa dan seksaan akhirat. Bantulah saya kerana saya ingin kembali ke jalan Allah.

MENCARI HIDAYAH
Kuala Lumpur


Terkedu Dang Setia sebaik adik mengutarakan yang adik menjalin hubungan sejenis. Kadangkala Dang Setia terfikir sudahkah pupus perempuan baik sehingga adik sanggup menjalin hubungan dengan lelaki. Bagi Dang Setia, memang adat orang bercinta ada ketika berasa gembira dan ada masa berduka. Mengapa adik perlu menyimpan dendam sampai begitu rupa?

Dang Sekali sarankan adik renung kembali kepada ajaran Islam yang jelas mengharamkan hubungan sejenis, malah jika adik lihat, haiwan tidak pernah bercengkerama dengan sama jantina. Kesimpulannya, adik meletak kedudukan adik lebih rendah daripada haiwan. Adik perlu sedar semua ini mainan nafsu dan godaan syaitan. Malah, sejarah homoseksual bermula apabila syaitan datang kepada kaum ini menyerupai seorang pemuda kacak dan mengajak mereka berasmara dengannya. Kemudian penduduk terbabit mengamalnya secara melampau (Ibnu Asakair).

Kemudian amalan ini dibawa ke kawasan masyarakat Kaum Nabi Luth oleh lelaki dari bandar itu dan tersebar bagaikan penyakit berjangkit pantas merebak. Dengan itu Allah segera menurun bala berupa hujan batu, malah bumi diterbalikkan untuk melaknat kaum Sodom apabila misi dipujuk dan didesak kembali ke jalan Allah oleh Nabi Luth gagal.

Untuk itu, kemudi diri adik kembali ke jalan Allah dan jika adik ingin bertaubat jangan sesekali kembali kepada kehidupan lama. Tinggalkan rakan adik yang hanyut itu. Jauhi mereka, terutama sekali yang kacak, kerana itu godaan terbesar buat diri adik. Bila terasa naluri ingin bersama mereka, beristighfar kepada Allah dan carilah kawan baik supaya dapat membimbing adik.

Akhir sekali, jangan segan untuk bertemu pakar terapi supaya adik boleh merawat penyakit ini. Dengan bantuan pakar, diharap adik berjaya menangani ketagihan adik untuk menjalin hubungan songsang bersama pasangan sejenis.

sumber : myMetro

*****
Kalau ada yang nak komen, diharap tiada yang meninggalkan cacian atau makian kepada 'adik' ni. Tahniah kepada beliau sebab berani membuat pengakuan walaupun kesahihan kekacakannya tidak terbukti sebab tiada gambar. Tapi kalau dah sampai 12 orang teman lelaki, kira kacak jugalah tu kot.

Kalau dulu, golongan ni bergerak secara 'underground', takde la sampai berani bersuara meminta kebebasan seksual seperti yang telah berlaku sekarang ni. Sampaikan ada yang sudah berkahwin dengan pasangan sejenis. Entah apa pula yang berlaku lepas ni.

Buat pengetahuan semua juga, pengakuan ni sudah lama diluahkan dan disiarkan dalam Harian Metro. Aku je baru nak kongsi. Banyak lagi cerita dan soal jawab yang boleh dibaca dalam ruangan Bimbingan dalam tu. Ruangan Tanya Pakar pun menarik gak. haha...

Apa usaha kita untuk mengubah mende yang semakin meriah di negara kita ni? Setakat maki hamun, aku rasa takde tinggal kesan mana pun. Serius, aku takut dengan mende ni. Aku belum kahwin. Kalau aku dah kahwin pun, mungkin aku ada anak. Mampukah aku didik keturunan aku daripada terjebak dengan mende ni?

Kita mungkin orang yang merendah diri untuk mengaku diri kita tidak terlalu baik, tetapi sukar untuk menerima bila orang mengatakan diri kita jahat...


Kepada lelaki, jangan biarkan sperma kita tersesat!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP