Video Ludah - Realiti vs Parody, Kyopropaganda Menang

>> 21 Disember 2011

Entah macam mana isu turun bendera ni boleh timbul aku tak faham sangat. Bila satu pihak dah panas, satu video telah dikeluarkan untuk menunjukkan kemaharan mereka kepada satu pihak yang satu lagi. Siap main ludah-ludah lagi. Aku tengok je la, dah banyak sangat orang share kat facebook...


Di atas, video asal oleh puak penyokong kuat parti pemerintah yang mengutuk tindakan seorang mahasiswa menurunkan bendera puak mereka dan menggantikannya dengan bendera lain. Kalau salah tolong betulkan ye...Taksub gila gaya. 


Tak lama lepas tu, kyopropaganda, kumpulan yang pernah menghasilkan video parody KL Hamster pula buat satu video. Aku rasa jumlah tontonan video mereka melebihi jumlah tontonan video ludah yang atas sekali. Memang style!!

Mungkin sensitiviti orang kita yang tak bertempat menyebabkan kumpulan anak muda ni terpaksa membuat penjelasan melalui video untuk menerangkan niat sebenar mereka mengeluarkan video yang dikatakan menyindir pihak-pihak tertentu. Video penjelasan yang tetap sempoi dengan cara mereka.


Kami dengan tawaduk dan kasih sayangnya ingin menjelaskan kembali kepelikan di mana sesetengah laman web dan blog yang memperlihatkan seakan kami berpihak kepada mana-mana parti politik. 
Parody ini dibuat berdasarkan cadangan orang ramai dan kami tidak berniat hendak mengejek atau menghina mana-mana individu. 
Google PARODY... - kyopropaganda

Begitulah penerangan mereka dalam YouTube. Kalau nak tahu serba sedikit maksud parody boleh masuk link INI. Nak lebih google la sendiri.

Harapnya isu ni tak berpanjangan. Tak payah nak gaduh-gaduh. Tak nampak bijak pun buat macam tu. Pesanan ini dutujukan kepada semua pihak. haha...

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP