Namewee Sound Utusan

>> 30 September 2011

utusan...surat khabar Bahasa Malaysia yang selalu bikin orang panas. untuk kes terbaru ni, aku terjumpa kat Macam2Online. baru aku perasan ada satu video daripada pengarah Nasi Lemak 2.0, Namewee.

difahamkan terdapat artikel dalam utusan yang bikin dia panas. kalau korang nak baca artikel tu bolehlah klik SINI.

selepas baca, tengok video kat bawah ni lak. nescaya korang akan tersenyum selepas tu. berapa kali aku dah ulang main dah ni. haha...jangan lengah-lengah. takut video ni tak tahan lama ma. maklumlah, barang panas...nanti tak pasal-pasal tak dapat tengok...

Gelaran Bagi Si Mati

Gelaran bagi si mati, seperti Allahyarham, Almarhum dan sebagainya, merupakan gelaran-gelaran yang sangat sinonim dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Terdapat juga beberapa gelaran lain yang kita gunakan ke atas para ulama', seperti asy-syahid, al-hafiz dan sebagainya..

1. Allahyarham vs Allahyarhamah

Merupakan sebaik-baik gelaran yang kita gunakan. Allahyarham bermaksud 'Allah merahmatinya', atau secara teknikalnya, 'mudah-mudahan Allah merahmati rohnya'.

Dynamic Views : Tujuh Cara View Blog Dalam Satu Template

>> 28 September 2011

Siapa yang ada perasan mende ni? Ada mende baru yang telah diperkenalkan oleh pihak Blogger kepada pemilik blog yang menggunakan perkhidmatan mereka di seluruh dunia. Dengan nama Dynamic Views, pembaca blog dapat memilih salah satu daripada tujuh cara untuk view blog yang dilawati.


Rabu Yang Bisu #11 - Iklan Guinness 1968

Bagaimana Burung Diseludup

>> 27 September 2011

sebelum ni aku pernah kongsikan bagaimana penyeludup Seludup Dadah Dalam Badan. kali ni, aku akan kongsikan pula bagaimana golongan mereka ni seludup burung. jangan risau, tiada gambar-gambar ngeri seperti dalam entri sebelum ni.


Kerana Susu, Sanggup Isap Susu Lembu Dan Anjing

>> 25 September 2011

daripada apa yang aku tengok sekarang ni, susu tepung antara produk yang dilindungi di pasaraya. disusun di atas rak dan dikunci untuk mengelakkan daripada dicuri. sebelum ni kan pernah ada sindiket curi susu tepung. memang mahal la kot. aku pun tak pernah ambil tahu...

berbeza dengan dua orang kanak-kanak di bawah ni, pembesaran mereka tidak tertumpu kepada susu tepung semata-mata. mereka menjadikan susu semulajadi yang lagi jimat disebabkan masalah kewangan keluarga.

Serigala Termasuk Dalam Najis Mughallazah

>> 23 September 2011

Babi dan anjing adalah najis mughallazah. Bagaimana pula dengan serigala? Adakah ia di dalam kategori berkenaan?

MARINA, Singapura


Jawapan : Menurut Kamus Dewan (2005: 1471) serigala sejenis binatang liar (rupanya seperti anjing dan berwarna kuning kelabu). Ia juga disebut sebagai canis lupus, iaitu sejenis anjing hutan dan cyon rutilans.

Solat Sunat Dhuha

Solat Sunat Dhuha atau juga dikenali sebagai solat sunat Duha adalah solat sunat ketika matahari baru naik pada waktu pagi sekadar satu galah tingginya, sekurang-kurangnya 2 rakaat dan sebanyak-banyaknya 12 rakaat (enam salam). sumber : Wikipedia

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)
2) Waktu : Pagi - anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi


Niatnya :

Penjelasan Ustaz Azhar Idrus Isu Hina Islam Dalam Filem Hantu Bonceng

>> 21 September 2011

sebelum ni pengarah filem Hantu Bonceng, Ahmad Idham ada menjawab kritikan berkenaan isu hina islam dalam filem tersebut. kalau belum baca, korang boleh baca kat entri bro yastro kat SINI!

hari ni lak, aku dapat tahu Ustas Azhar Idrus ada memberikan penjelasan berkaitan isu ni dalam ceramah beliau selepas Zizan menelefonnya baru-baru ni. hebat betul penangan Ustaz Azhar ni....

di bawah ni potongan video daripada ceramah tersebut...

New Album Daripada Mat Luthfi


aku tertarik dengan 'new album' daripada Mat Luthfi ni. dengan membawa genre 'K-1Malaysia...Pop', album ni memuatkan lima buah 'lagu' termasuk satu lagu bonus. haha...

Rabu Yang Bisu #10


HAMAD, Tulisan Nama Terbesar Di Padang Pasir

>> 19 September 2011

Kebanyakan kanak-kanak pernah menulis nama mereka di atas pantai dan kebanyakan tulisan mereka akan dihanyutkan ombak tidak lama kemudian. Seorang jutawan Arab telah memastikan bahawa tulisan namanya akan bertahan lebih lama.

Hamad bin Hamdan Al Nahyan, 63, telah membina binaan namanya daripada pasir di atas sebuah pulau miliknya dengan binaan huruf yang besar sehingga boleh dilihat dari angkasa lepas.


Majalah Komik Hiburan - Utopia

>> 18 September 2011

utopia, majalah komik hiburan yang pernah menjadi kegilaan aku suatu ketika dulu. minat aku membaca utopia ni bermula ketika aku tinggal di asrama masa tingkatan 1. selain buku teks sekolah, macam-macam bahan bacaan  yang aku jumpa masa aku kat asrama dulu...cuma utopia ni lain sikit. best bila baca ma...


Mereka Dan Anjing-Anjing Mereka

>> 16 September 2011

sekarang ni kita semakin didedahkan dengan kecenderungan sesetengah golongan untuk berjinak-jinak dalam penternakan anjing...


Rabu Yang Bisu #9

>> 14 September 2011

LELAGU : Aizat - Sungai Lui

>> 13 September 2011


Download mp3 di SINI!

LIRIK : Aizat - Sungai Lui

Pejamkan matamu untukku
Dengarlah dunia berkata-kata
Usah kau ragu di sini tempatmu
Walau berubah di mata kita
Tetap indah selagi kau masih percaya

Tertawa kecewa terpisah
Jalan yang lurus yang berhalang
Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Adakah semua ini yang ku inginkan
Ataupun hanya mengejar dunia semata-mata
Ku harap kau masih percaya

Bukalah matamu
Biar aku memelukmu
Kita bersama masih muda masih mentah
Ku harap kau masih percaya

Selama ini (7x)

APAN dapat dari SINI!

Amar Bharti, Lelaki Dengan Tangan Terangkat

>> 12 September 2011


Amar Bharti ialah seorang kerani senior syarikat perkapalan di New Delhi. Tetapi 38 tahun yang lalu, dia memutuskan untuk menumpukan seumur hidupnya kepada Shiva. Dia meninggalkan keluarga dan rumahnya dan memutuskan untuk mengangkat tangannya secara menegak di udara seolah-olah dia ialah kanak-kanak kecil yang merayu untuk menjawab panggilan alam. Sebaik sahaja tangannya diangkat, ia tidak pernah diturunkan lagi. Ia bermula pada tahun 1973.

Tarikan Etnik Ovahimba Di Namibia

>> 11 September 2011

Etnik Ovahimba boleh dijumpai di Namibia Utara. Fakta yang menarik tentang mereka ialah mereka tidak pernah mandi atau membersihkan diri dengan air sama sekali.


Mereka mempunyai upacara pembersihan diri yang sangat menarik, yang mengambil masa selama beberapa jam. Mereka mula membersihkan diri pada awal-awal pagi dengan membakar herba-herba yang tumbuh meliar dan duduk dalam asapnya. Mereka juga membersihkan pakaian kulit mereka dengan asap.

Apabila Exchange Ratio Apesal Mencecah 300%

>> 10 September 2011

rata-rata blogger pun dah tahu tentang kewujudan Apesal.com. majoriti blog yang aku masuk mesti ada widget daripada apesal. mula-mula aku agak kurang berminat gak untuk daftar. tapi selepas terbaca entri bro yastro kat blog beliau, minat tu semakin bertambah. katanya boleh kasi trafik ke blog. aku pun daftar...


Pakai Cincin Dan Potong Kuku Dalam Islam

>> 09 September 2011

Nasihat Nabi Muhammad S.A.W kepada Saidina Ali sesudah Saidina Ali berkahwin dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan baginda. Nabi Muhammad S.A.W berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin, pakailah di jari:
  • jari manis
  • jari kelingking (anak jari)


dan janganlah memakai pada jari:
  • jari tengah
  • jari telunjuk

Ibarat Ular Sawa Rentung

>> 08 September 2011

cuba korang perhatikan gambar uncle ni? style tak rambut dia? info ni agak basi sebab aku tengok banyak dah entri pasal dia di blog atau website lain. dua tiga tahun lepas lagi orang lain dah tulis pasal dia. malangnya, aku baru tahu keunikan uncle ni...


daripada apa yang aku jumpa, uncle ni memiliki rambut terpanjang di dunia namun belum pernah direkodkan secara rasmi...

Rabu Yang Bisu #8

>> 07 September 2011

Isu Mat Sabu Dan Pejuang Melayu

>> 05 September 2011

Korang dah tengok ceramah Mat Sabu yang dikontroversikan baru-baru ni? Aku baru lepas tengok. Agak tak berapa nak paham juga sebab audio yang kurang jelas ditambah dengan loghat Kedah yang digunakan.

Berikut merupakan potongan daripada ceramah beliau:


Manakala di bawah ini beberapa penerangan berkaitan video di atas daripada sumber-sumber yang aku dapat.

Entri Raya

>> 04 September 2011

apa macam raya? ada mood raya lagi ke sekarang ni? aku sendiri pun tak berapa nak ada mood gak sekarang ni. nak update entri pun malas ma. sebab bahan juadah raya la ni kot. tambah lak esok dah kena masuk office...

oleh itu, entri gini je la termampu ditulis disaat ini. apa yang special sangat raya korang tahun ni? ada tumbang lembu ke? berapa ekor? raya ni ada sumbangan tak kat ahli keluarga lain atau masih menerima sumbangan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP