Kisah Pemuda Dan Pak Imam : Penampar Itu Jawapannya!

>> 30 December 2011

Ada seorang pemuda yang lama belajar di luar negeri kembali ke tanah air dengan angkuh dan sombong. Di dalam benak kepalanya telah lama tersimpan 3 pertanyaan yang dianggapnya tiada siapa yang boleh menjawab. Satu hari beliau bertemu seorang imam tua di kampungnya.

Pemuda: Pak imam, apakah boleh menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?
Pak Imam: Saya hamba Allah dan dengan izinNya saya akan menjawab pertanyaan kamu!

Pemuda: Pak imam yakin? Profesor dan banyak orang pintar yang saya tanya tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Pak Imam: Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya, insya'Allah.

Pemuda: Saya ada 3 pertanyaan;

    Islam Melarang Umatnya Memohon Untuk Mati

    >> 29 December 2011

    Hadith:

    Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Janganlah ada antara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah-mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah-mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah."

    Riwayat: Riwayat Hadith Al-Bukhari dan Muslim

    Huraian Hadith:

    1. Haram hukumnya bagi seseorang muslim bercita-cita dan berdoa untuk mati apabila hidup di dalam kesengsaraan dan menderita.

    2. Setiap mukmin yang panjang umurnya mempunyai banyak peluang untuk ia beramal ibadat kepada Allah sebagai bekalan di akhirat nanti.

    3. Islam tidak membenarkan umatnya bercita-cita untuk mati, tetapi menggalakkan umatnya supaya bercita-cita untuk menambahkan ilmu pengetahuan demi kemajuan ummah.

    Rabu Yang Bisu #24 - Terowong Pintasan

    >> 28 December 2011

    Ping Entri Percuma Di Story Anda

    Umum mengetahui kewujudan Apesal.com dan GuaBlog.com. Ini antara dua laman yang kerap aku ping (atau mungkin ada istilah lain?) entri. Sampaikan aku pernah buat beberapa entri sebagai tanda terima kasih kepada Apesal sebelum ni. Pada peringkat awal, memang trafik mencurah-curah, bergantung juga kepada jenis entri. Tapi kebanyakannya semacam je trafik. Lebih daripada biasa kalau kita kongsi entri dalam Apesal dan GuaBlog ni.

    Apabila Exchange Ratio Apesal Mencecah 300%, barulah aku mula ketagih trafik macam sebelum ni. Sama je dengan GuaBlog. Tiba-tiba jadi 'tegas' pula dalam bab exchange  ratio ni. Tapi nak buat macam mana, dah memang macam tu kontraknya. Sampai bila orang nak memberi je, kita pun kenalah turut memberi dengan sediakan ruangan widget Apesal atau GuaBlog yang mampu menarik perhatian orang lain untuk membaca.

    Highlight : Manchester United 5-0 Wigan Athletic (EPL)

    >> 27 December 2011


    Dah lama tak kongsi soroton perlawanan Manchester United. Ditambah dengan mood untuk blog yang tak berapa nak ada sejak akhir-akhir ni. Moh la tengok. Berbatov menambah hatrik bersama United walaupun jarang diturunkan. 

    Mungkin ada entri pasal Fantasy Premire League - Liga Blogger Malaya lepas ni. Hampir separuh musim sudah :)

    Komuniti Ini Makan Sampah Untuk Hidup

    >> 25 December 2011

    Hanya 30 kilometer dari kuil Kemboja yang terkenal iaitu Angkor Wat, terdapat satu pemandangan mengejutkan yang tidak dilihat oleh para pelancong. Apa yang dimaksudkan ialah kewujudan sebuah komuniti kira-kira 500 orang yang tinggal atau hidup di tempat pembuangan sampah di pinggir bandar Siem Reap.

    Seorang 'photojournalist' Sepanyol, Omar Havana menghabiskan masa selama tujuh bulan dari Oktober 2010 hingga April 2011 untuk mendekati komuniti ini di tapak pembuangan sampah dan mendokumenkan kehidupan mereka. Beliau berkata apa yang dilihat ialah "dari dunia lain", tetapi mereka hidup gembira. Berikut gambar dan cerita yang telah dikongsi oleh Havana kepada ABC News Online.

    Kanak-kanak dan ibu bapa mancari makanan.

    Suka Rakan Sejenis

    >> 24 December 2011

    Saya lelaki berusia 19 tahun dan mempunyai kehidupan bahagia kerana semua permintaan saya dipenuhi keluarga. Namun masalah saya ialah saya mengamalkan hubungan songsang. Saya meminati rakan sejenis. Hati dan nafsu saya lebih cenderung kepada lelaki. Kadangkala saya seronok dan gembira menjalin hubungan homoseksual.

    Bukan saya tiada naluri menyukai perempuan, tetapi pengalaman gagal dalam cinta menyebabkan saya bosan menjalin hubungan cinta dengan wanita. Bagi saya, wanita hanya ingin memperalatkan saya. Apabila habis mempergunakan saya, mereka tinggalkan saya begitu saja.

    Perubahan menjadi gay bermula sejak saya masuk kolej. Di sana ramai teman saya adalah golongan ini. Kadangkala kami melakukan hubungan terlarang ini beramai-ramai. Disebabkan itu saya ada ramai kenalan gay di laman sosial facebook. Malah, berbekalkan rupa kacak memudahkan saya mendapat ramai teman. Tambahan pula yang tertarik kepada saya juga tampan.

    Jangan Kahwini Enam Wanita Ini

    >> 23 December 2011

    1 - Wanita Ananah:-
    Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan setiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.

    2 - Wanita Mananah:-
    Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti ini: “Aku membuat itu keranamu”.

    3 - Wanita Hananah:-
    Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suami yang lain, yang dikahwini sebelum ini atau kepada anak daripada suami yang lain.

    4 - Wanita Hadaqah:-
    Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada setiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

    10 Sebab Cuci Motosikal Lebih Baik Daripada Be'romance'

    >> 22 December 2011

    1. Cuci motor boleh dilakukan depan kawan-kawan tanpa merasa malu dan bersalah.
    2. Masa sedang asyik menggosok 'dada' motor tak perlu tengok-tengok kiri kanan.
    3. Motor tak merengek-rengek masa ia mula basah dan licin oleh sabun.
    4. Boleh tangguh beberapa minit, pergi jawab telefon, makan nasi, pergi tandas, hisap rokok tanpa sesiapa yang tak puas hati.
    5. Tak perlu pujuk-pujuk dan berjanji untuk bertanggungjawab sekiranya hendak mula mencuci motor.
    6. Lepas cuci boleh naik dan henjut-henjut serta tunggang-tunggang dalam sebarang posisi tanpa emak atau JPJ tegur sekiranya belum dihidupkan enjin.
    7. Tak perlu bersusah payah mencari tempat tersembunyi, depan rumah atau di stesyen minyak pun boleh.
    8. Nak pancut air sepuas-puasnya dalam atau luar enjin tiada yang larang.
    9. Nak buat setiap hari lagi digalakkan, malah dipuji oleh kawan-kawan. Majikan tidak akan memecat anda.
    10. Jika kebetulan tok kadi dan ketua kampung melintas, anda boleh menegur dengan senang hati dan mempelawa mereka mencuci motor.

    sumber : jiwang.org

    Rabu Yang Bisu #23 - Menantu Disambut

    >> 21 December 2011

    Video Ludah - Realiti vs Parody, Kyopropaganda Menang

    Entah macam mana isu turun bendera ni boleh timbul aku tak faham sangat. Bila satu pihak dah panas, satu video telah dikeluarkan untuk menunjukkan kemaharan mereka kepada satu pihak yang satu lagi. Siap main ludah-ludah lagi. Aku tengok je la, dah banyak sangat orang share kat facebook...


    Di atas, video asal oleh puak penyokong kuat parti pemerintah yang mengutuk tindakan seorang mahasiswa menurunkan bendera puak mereka dan menggantikannya dengan bendera lain. Kalau salah tolong betulkan ye...Taksub gila gaya. 

    Jyoti Amge - Wanita India Paling Kerdil Di Dunia

    >> 20 December 2011

    NAGPUR - Seorang pelajar perempuan berusia 18 tahun, Jyoti Amge yang setinggi cuma 61.95 sentimeter dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia oleh Guinness World Records di sini semalam.

    SEORANG pengadil Guinness World Records, Rob Molloy (kanan) dan Dr. Manoj Pahukar (kiri) mengukur ketinggian Jyoti Amge di Nagpur semalam.

    Beberapa pegawai Guinness mengukur ketinggiannya sebelum dia yang menghidap penyakit pertumbuhan terbantut, achondroplasia dinobatkan sebagai wanita paling kerdil di dunia.

    Sedetik Lebih Ibu Rusa Melahirkan Anaknya

    >> 19 December 2011

    Kalau tak silap aku, binatang di bawah ni ialah rusa. Kalau mata aku silap maaflah ye. 14 gambar yang berjaya dirakam oleh sumber yang tidak diketahui telah dikongsi seperti di bawah. Jangan cuak untuk scroll sampai bawah sebab dijamin tatapan ini tidak sengeri gambar atau video manusia melahirkan anak...


    Bagaimana Liquid Paper Tercipta

    >> 15 December 2011

    Tahukah anda, benda putih yang digunakan di atas kertas untuk menutup kesilapan? Pada asalnya, ia dipanggil "Mistake Out" dan dicipta oleh Bette Nesmith Graham, seorang janda yang mula bekerja pada tahun 1951 untuk menyara diri dan anak lelakinya.

    Walaupun bekerja sebagai seorang jurutaip, malangnya beliau bukan seorang jurutaip yang baik. Bosan dengan kesilapan semasa menaip, dia menggunakan cat tempera putih untuk menyembunyikan kesilapan. Dengan hanya menggunakan dapur dan garaj sebagai makmal dan kilang, beliau secara beransur-ansur membangunkan produk yang mula dibeli oleh jurutaip dan pekerja pejabat yang lain. Sementara terus bekerja sebagai jurutaip, beliau mengembangkan pengetahuan dirinya dalam bidang perniagaan, promosi dan penyelidikan sehingga dia berpuas hati bahawa produk yang dibangunkan benar-benar berbaloi. Beliau kemudiannya menawarkan Mistake Out kepada IBM (International Business Machines) namun pihak IBM menolaknya.

    Rabu Yang Bisu #22 - Terlebih Sudah

    >> 14 December 2011

    Kemahiran Seorang Pemandu Parkir Kereta Di Ruang Sempit (+Video)

    >> 12 December 2011

    New York, Amerika Syarikat - Seorang pemandu yang menunjukkan kecekapannya meletak kereta di ruang sempit menjadi sensasi di laman perkongsian video YouTube, lapor akhbar Mail Online.

    parkir kereta

    Lelaki tidak dikenali itu meletak kereta sedan miliknya di ruang sempit yang cuma muat untuk sebuah kereta bersaiz kompakMalah, dia berjaya keluar dari ruang parkir sama tanpa mencalarkan bampar kenderaan di hadapan dan belakangnya.

    Semakan Daftar Pemilih - Aku Dah Boleh Mengundi

    Agak lama jugalah aku dah daftar sebagai pengundi. Masa tu aku sedang bersiar-siar dalam ECM bersendirian. Buntu kerana hilang arah tuju, aku ternampak kaunter untuk daftar pengundi. Nasib baik percuma. haha...

    Selepas kejadian tu, aku dimaklumkan semakan status aku sebagai pengundi boleh dibuat selepas tiga bulan dari tarikh aku daftar. Memang niat untuk semak tu ada tapi tidak pernah kesampaian sebab sibuk sangat kononnya.

    Sehinggalah aku terjumpa link dalam entri bro Yastro. Mudah sangat rupanya kalau nak semak. Klik Semakan Daftar Pemilih kepada sesiapa yang masih belum berkesempatan untuk semak macam aku. Semudah abc je pun. haha...

    Alexa, Tiada Pendidikan, Azhar Idus Hina Islam Dan Brunei

    >> 10 December 2011

    Paparan di bawah akan keluar bila kita masuk ke akaun Alexa kita. boleh dikatakan setiap hari jugalah aku masuk sini sebab ingin tahu rank trafik semasa blog aku...


    Bibik Kejang Gara-gara Harun Salim Bachik

    >> 09 December 2011

    Bibik Menjawab Telefon...

    Kali pertama,
    Pemanggil (X) : Helloooo...Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
    Bibik (Y) : Maaf, salah nombor...Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud...

    Kali ke-2,
    Pemanggil (X) : Helloooo...Apakah ini kediaman En Harun Salim Bachik..??
    Bibik (Y) : Maaf, salah dail ni, encik..!! Ini kediaman keluarga Tuan Syed Mahmud. (jawabnya kesal)

    Bertimbang Rasa Dengan Orang Bawahan

    >> 08 December 2011

    Hadith :

    Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a: "Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepada ku;

    Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapa pun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka."
    (al-Bukhari)

    Huraian

    Penemuan Seekor Rusa Dalam Perut Ular Sawa

    Seekor ular sawa betina sepanjang 5 meter telah berjaya ditangkap di selatan Florida. Lebih memeranjatkan apabila seekor rusa dewasa yang masih dalam keadaan baik ditemui di dalam perut ular tersebut. Eh...ular ada perut ke?


    Rabu Yang Bisu #21 - Dia Takut Jarum

    >> 07 December 2011

    Free Download Filem Ombak Rindu

    Sinopsis: Izzah (lakonan Maya Karin) adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, bapa saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

    Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak bapa saudaranya walaupun hatinya tidak rela. - sambung baca di nurizspace

    Iklan Thailand vs Ombak Rindu

    >> 06 December 2011

    ada dua orang membe aku dah tengok filem Ombak Rindu yang sedang bergelora di pawagam sekarang ni. masing-masing kata best. tapi masih belum berjaya mendorong aku pergi tengok. takut satu hal. tak pasal-pasal nangis dalam tu nanti payah lak...

    aku tengok iklan di bawah ni pun dah tersentuh ma. satu iklan di Thailand yang mengisahkan kasih sayang seorang bapa yang pekak dan bisu kepada anak perempuannya yang malu dengan kekurangan bapanya...


    Ulama Iran Membenarkan Pembedahan Tukar Jantina

    >> 05 December 2011

    Pada tahun 1976, pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ruhollah Khomeini mengeluarkan fatwa untuk membenarkan mereka yang mengalami gangguan hormon menukar jantina jika mereka mahu, serta menukar sijil kelahiran mereka. Tahun lepas, 70 transeksual telah didaftarkan di Khomenei Relief Center, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang meminjaman wang kepada transeksual untuk membantu mereka membayar pembedahan dan memberi bantuan psikologi. Athena, 20, dan Milad, 30, adalah antara dua transeksual di Iran. Pasangan yang telah bertemu tiga tahun lalu di pusat tersebut menjadi rakan baik disebabkan menjalani pengalaman hidup yang sama.

    Milad, transeksual berusia 30 tahun di Iran, membuat panggilan perniagaan sementara terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas di Tehran. Dia bekerja sebagai ejen hartanah dan dilahirkan di Kajouri. Pada awalnya, dia adalah seorang budak perempuan yang hanya berminat bermain permainan budak lelaki.

    10 Cukai Jalan Kereta Orang Lebih Duit Malaysia

    >> 04 December 2011

    pergh...lama giler aku simpan mende ni. membe aku forward ke aku bulan Februari lepas. sekarang ni dah hujung tahun. ini antara stok entri paling lama aku simpan. boleh dikatakan basi dah kot. walaupun basi, senang je nak baca. kalau tak nak baca, cuci mata pun jadilah. huhu...

    berikut 10 gambar cukai jalan kereta orang lebih duit di Malaysia. aku rasa ini bukan bayaran cukai jalan paling tinggi. mungkin banyak lagi yang lebih tinggi. tapi tengok yang ni pun dah cukup tinggi bagi aku ma. nak bayar cukai jalan moto aku pun dah rasa sayang ke duit...pe lagi yang ni.

    Lamborghini XXX 515 (RM8,247.00)

    Satu bilik kosong di Lorong Bukit Setongkol 3

    >> 03 December 2011

    seorang housemate aku dah keluar dari rumah. bukan keluar pergi ECM atau Megamall mahupun KP, tapi pindah sebab dia dah nak pencen. bulan ni bayar sewa rumah pun lebih sikitlah sebab 2 orang je tinggal di rumah ni sekarang.

    aku dan housemate aku yang sorang lagi dah cuba tanya membe masing-masing. mana tau ada yang tengah mencari bilik untuk disewa. sebab tak sanggup mengalami kerugian jangka masa panjang, aku nekad mencari housemate baru. Mudah.my kan ada...

    Iman Semut vs Iman Manusia

    >> 02 December 2011

    Di zaman Nabi Allah Sulaiman berlaku satu peristiwa, apabila Nabi Allah Sulaiman ternampak seekor semut melata di atas batu. Lantas Nabi Allah Sulaiman merasa hairan bagaimana semut ini hendak hidup di atas batu yang kering di tengah-tengah padang pasir yang tandus.

    Nabi Allah Sulaiman pun bertanya kepada semut: "Wahai semut apakah engkau yakin ada makanan cukup untuk kamu?"

    Semut pun menjawab: "Rezeki di tangan Allah! Aku percaya rezeki di tangan Allah! Aku yakin di atas batu kering di padang pasir yang tandus ini ada rezeki untukku".

    15 Penyakit Ganjil Di Dunia (Termasuk 1 Penyakit Palsu)

    >> 01 December 2011

    Berikut merupakan 15 penyakit ganjil di dunia yang yang telah dikongsikan dalam Odd Stuff Magazine.com. Penerangan ringkas setiap penyakit telah ditambah untuk memudahkan pemahaman pembaca.

    1. PROGERIA

    Satu keadaan tidak normal luar biasa dengan tanda-tanda seperti penuaan lebih awal (uban, kulit berkedut dan keadaan membongkok) pada seorang kanak-kanak.

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

      © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

    Back to TOP