Gali Terowong Bawah Tanah Untuk Curi Duit Dalam ATM

>> 30 Januari 2012

Sekumpulan pencuri menghabiskan masa selama enam bulan menggali terowong untuk mencuri wang dari sebuah mesin ATM (automatic teller machine). Kumpulan itu telah menggali terowong sepanjang 100 kaki (30 meter) melalui bawah tempat letak kereta dan sebahagian daripada kedai video di Manchester, England. Mereka memasang lampu dan penyokong dinding serta dipercayai telah menggerudi lubang-lubang kecil ke dalam lantai kedai untuk pemasangan kamera kecil bertujuan untuk pemantauan.


Kejadian ini hanya disedari apabila pihak keselamatan datang untuk mengisi wang ke dalam mesin terbabit sehingga mereka menemui sebuah lubang. Namun kumpulan pencuri mungkin hanya berjaya melarikan £6,000 (RM 28,751.22) sahaja kerana jumlah wang tidak banyak semasa hari kejadian. Menurut pihak polis, satu percubaan serupa telah digagalkan pada tahun 2007. - Yahoo! News








Berbaloikah penggalian selama 6 bulan hanya berjaya mendapatkan hasil sebanyak tu? Mungkin selepas ditukar ke matawang kita, nilai tu agak tinggi, tapi hakikatnya tidak bagi mereka di sana. Enam bulan kot?!

Teknik ini masih belum berlaku di negara kita. Bolehlah dijadikan peringatan kepada pihak berkenaan. Kalau di sini, kebanyakan kes yang kantoi menggunakan teknik tarikan oleh lori atau jentera berat sehingga mesin ATM terpancut dari tempatnya.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP