Lembu Nak Jaga vs Moves Like Jagger

>> 24 Januari 2012

Selamat kembali daripada bercuti semua. Aku baru sampai rumah sewa petang tadi. Apa bikin cuti baru ni? Makan limau je ke? Aku menghabiskan masa bermain 'panggilan tugas' a.k.a Call of Duty. Sehari main, habis satu campaign. Macam pendek sangat rasanya. Kena selidik balik lepas ni.

Kita dah boleh tengok banyak video parody rakyat Malaysia dalam YouTube sekarang. Selain menggunakan 'inspirasi' dalam negara seperti Ombak Rindu, pembikin parody Malaysia juga ada menggunakan sumber luar negara. Macam video di bawah ni, lagu Maroon 5 pun boleh ma.


Parody di atas di-upload di YouTube pada 29 Disember 2011 tapi sudah mencecah hampir setengah juta kali ditonton. Seperti biasa akan ada golongan pengkritik giler babeng dan yang memuji hasil macam ni. Lantak kamu la, berani buat berani tanggung. Yang jelas bagi aku, jerawat mamat tu memang keterlaluan. haha...

Di bawah video lagu nyanyian asal Maroon 5 ft. Christina Aguilera - Moves Like Jagger.


Tak ketinggalan satu lagi hasil parody rakyat Malaysia. Suara je kureng sikit kot. Pemilihan penayang muka dalam video lebih ok daripada parody di atas sekali. Nyanyian asal LMFAO, Sexy and I Know It menjadi Aku Seksi Aku Tahu


Semua lagu orang putih kalau diubah bahasa ke bahasa Malaysia memang boleh bikin kita senyum kot. Cuba la. Mana tau boleh meletop di YouTube. Sekian.

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP