Tahun Baru 2012

>> 04 January 2012

Alhamdulillah...masuk sudah tahun 2012. Nasib baik urusan duniawi yang dihajatkan sebelum ni berjaya ditunaikan. Kalau mende tu tak setel, berat je nak bawa mende tu untuk tahun 2012 ni...

Buat masa sekarang ni pun, takde info 'menarik' yang nak dikongsi dalam blog ni. Mood tahun baru yang agak suram turut mempengaruhi keghairahan aku mengemaskini blog macam sebelum ni. Sebulan dua ni, rasa gaji lambat sangat nak masuk. Alangkah indahnya kalau jadi engineer...

Ada juga beberapa entri tertunggak yang tak sempat dikongsi. Nak tak nak, usaha juga untuk kongsi entri tu lepas ni. Baru boleh nampak sikit aku sebagai manusia hidup dengan adanya entri tu nanti. Memanjang je bersumberkan entri orang lain...

Ombak Rindu pun belum tengok lagi ni. Gayanya memang popular semacam filem tu. Jadi entri top memanjang dalam blog aku ni sebab ramai sangat nak download....apa yang best sangat entah?!


Harapan untuk tahun ni, boleh bertahan dengan suasana tempat kerja aku sekurang-kurangnya satu tahun lagi. Lepas tu mungkin aku cuba cari haluan lain. Seksa hidup mengharapkan gaji pokok je bulan-bulan. Apa lagi nak angkat kereta...kahwin...beli rumah...dapat anak kembar...dan merasai kenikmatan hidup berumahtangga yang lain. haha...

Sambutan tahun baru di Shah Alam pun menarik. Aku tengok kat YouTube je. Tahniah kepada semua yang pergi dan tak payahlah nak tunjuk bodoh dengan menulis yang bukan-bukan pasal sambutan tu. Hidup lagi lama dari aku, tapi bodoh berganda-ganda... 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP