Punca Dompet Atau Barang Hilang Sekelip Mata

>> 08 February 2012

Pernah tersenarai sebagai mangsa kecurian? Masa di asrama dulu, aku pernah kena. Telefon bimbit yang baru dibeli tak sampai sebulan hilang daripada simpanan. Almari bilik aku kena selongkar. Aku pun satu, tak kunci sebab berlagak senior masa tu. Entah siapa yang angkat pun masih belum diketahui.

Peringatan buat semua, bukan setakat kunci dikala berjauhan je. Kalau mende tu ada dengan kita pun, kena berhati-hati. Macam dalam aksi di bawah ni. Pantang lepa...










Untuk merasai kenikmatan mata maksimum, KLIK KIRI gambar di atas sekali. Kemudian, gunakan KEKUNCI ANAK PANAH @ RODA TETIKUS masing-masing. Dijamin puas :)

Pencuri berhati kering yang berani. Sudah semestinya hati kering dan keberanian macam ni wujud di satu negara ni je. Orang ramai tak kisah apa yang berlaku. Masing-masing buat hal sendiri. Aksi-aksi dalam gambar di atas mungkin ada yang mempertikaikannya sebagai lakonan tapi cuba tengok video di bawah ni pula, macam...!


Aku rasa rakaman video ni betul-betul berlaku. Tak boleh pakai langsung sikap orang-orang dalam video tu. Sama je macam kes yang pernah heboh sebelum ni. Kalau buat kat sini, jadi lauk la nampaknya. Mungkin bab nak kejar, ramai yang malas lagi. Tapi kalau bab nak bantai orang, ramai je yang sudi kot. Diharap tiada yang kagum dengan aksi-aksi di atas ni.

Jarang sekali kita nak bertuah macam kes hilang cincin kahwin yang pernah aku kongsi sebelum ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP