7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati

>> 09 March 2012

Ada apa dengan 'tag'? Memang bukan kegemaran aku terjebak dalam gejala tag. Dulu, meriah giler gejala ini. Banyak juga tag daripada tuan blog lain tapi satu tag je yang pernah dijawab dan dikongsi dalam blog ini. Entri ber-tag bertarikh 18 Jun 2010. Tak tahu la kalau aku terlupa entri ber-tag yang lain. Aku rasa satu ni je kot.

Dalam keberlagakan aku, aku tertunduk kepada satu 'harapan' daripada bro Yastro - "7 Perkara Yang Saya Akan Buat Sebelum Mati". Aku sependapat dengan bro Yas pasal kelainan yang ada kali ini. Kalau tak, memang tak akan dijawab kot. haha...


7 Perkara yang saya akan buat sebelum mati:

1. Cium dan bagi tahu mak aku yang aku sayang dia.
2. Bantu keluarga supaya hidup lebih senang di kampung.
3. Melompat-lompat company.
4. Baca dan khatam Quran sekurang-kurangnya sekali lagi.
5. Ada isteri sekurang-kurangnya satu untuk mendapatkan zuriat bersama.
6. Menjadi ahli jemaah surau atau masjid dalam kawasan yang didiami.
7. Melengkapkan rukun Islam yang 5.

Macam pedoah pula jadinya. Itu pasal aku malas jawab. Ikutkan, banyak kot mende yang aku nak buat sebelum mati ni. Tapi bila masuk point no. 1 je, kepala dah blank nak tulis apa. Point macam ni je yang berani aku kongsi. Banyak mende yang sepatutnya aku dah buat, tapi masih tak buat. Itulah masalahnya.

Mengikut tradisi, aku kena tag tuan blog lain lepas habis jawab. Dan ini salah satu lagi sebab aku tak minat ber-tag sebab aku tak tahu nak tag siapa. Malu dan segan ma. Jadi, siapa yang terbaca entri ini, kamu-kamu semua dijemput untuk senaraikan 7 perkara ini. No hard feelings. Terima kasih kepada YastroOnline. Sekian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP