Bandar Sampah Di Mesir

>> 05 Mac 2012

Gambar-gambar berikut merupakan pemandangan di sebuah bandar di Kaherah, Mesir. Manshiyat Naser atau Garbage City ialah penempatan setinggan yang terletak di Mokattam Hill, pinggir bandar Kaherah dan tidak jauh dari pusat peranginan mewah lima bintang. Beribu-ribu rakyat Mesir hidup di 'Bandar Sampah' ini walaupun dikelilingi oleh timbunan sampah yang banyak.


Sumber ekonomi utamanya ialah aktiviti pengumpulan dan kitar semula sampah. Walaupun kawasan ini mempunyai jalan raya, kedai-kedai dan pangsapuri seperti di kawasan bandar lain, ia sebenarnya kekurangan infrastruktur dan sering menghadapi masalah air, saliran kumbahan atau elektrik.

Mereka yang tinggal di Bandar Sampah dikenali sebagai Zabbaleen dalam bahasa tempatan. Zabbaleen (singular: Zabbal) bermaksud 'garbage people' atau pengutip sampah. Mereka beragama Kristian dan telah berurusan dengan sampah sejak sekian lama.





Sesiapa yang pernah sampai Mesir bolehlah cuba kongsi info pasal mende ni. Aku rasa Bandar Sampah ini memang wujud sampai sekarang sebab boleh baca perkongsian pengalaman terbaru dalam blog Breakaway Backpacker. Nasib yang lebih kurang serupa dialami Komuniti Ini Yang Makan Sampah Untuk Hidup.

Sumber dan rujukan: Mail Online, Manshiyat Naser, Zabbaleen. Lain-lain gambar:







0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP