Demonstrasi Ikan Duyung Di Bukit Bintang

>> 09 March 2012

Orang ramai di kawasan Bukit Bintang ternganga apabila sekumpulan '4 ekor ikan duyung' bergelimpangan seksi dalam warna kelabu di bawah panas mentari tengahari pada 7 Mac yang lalu. Mereka sebenarnya ahli kepada People for the Ethical Treatment of Animals (PETA), satu organisasi antarabangsa yang memperjuangkan hak asasi binatang. Beberapa slogan dibawa untuk menggalakkan orang ramai tidak makan ikan dalam demonstrasi itu.

Jurugambar mengambil gambar ahli PETA yang berpakaian sebagai duyung semasa demonstrasi pro-vegetarian di Kuala Lumpur, 7 Mac 2011. - Gambar oleh Jack Ooi.

Seperti kebiasaannya, ramai pemandu yang melalui persimpangan antara Jalan Sultan Ismail dan Bukit Bintang memperlahankan kenderaan masing-masing sambil memanjangkan leher mereka untuk menyaksikan tayangan percuma ini. Pada masa yang sama, ahli-ahli PETA yang lain mengedarkan risalah pro-vegetarian kepada orang ramai di sekitar kawasan tersebut.

Pengurus kempen, Claire Fryer, 32, menegaskan bahawa ikan merasa sakit seperti haiwan lain, dan ia adalah kewajipan orang awam untuk berhenti makan semua binatang dan mengamalkan gaya hidup vegetarian. "Sebarang bentuk kekejaman kepada haiwan termasuk penyembelihan haiwan pada leher seperti yang dilakukan oleh umat Islam adalah tidak wajar dan boleh dihentikan melalui vegetarianisme", katanya.

PETA adalah organisasi hak asasi haiwan terbesar di dunia, dengan lebih daripada tiga juta ahli dan penyokong di seluruh dunia. Mereka mengamalkan prinsip haiwan tidak boleh dimakan, dipakai, dieksperimen atau dipergunakan untuk hiburan. PETA paling dikenali kerana penyertaan selebriti global yang sanggup berbogel untuk mempromosikan sesuatu kempen.




Semakin meriah nampaknya demonstrasi di Malaysia. Nasib baik geng PETA ni tak bogel habis sebab kalau di luar negara, bogel itu ibarat kewajipan semasa berdemo. Nampaknya mereka masih mengekalkan budaya ketimuran.

Bayangkan...kita tak boleh makan ikan. Tiada lagi ikan patin masak tempoyak dan nasi dagang bersama ikan tongkol/kayu/aye. Tutup semua kedai di Tanjung Lumpur yang popular sebagai lokasi ikan bakar di Kuantan. Kedai-kedai bermenukan ikan semua dirobohkan untuk penanaman sayur. Boleh ke macam tu? haha...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP