Double A Sudah Ditukar Menjadi Single A

>> 12 Mac 2012

Hari ni aku ke Pejabat Pos Besar Kuantan untuk membuat kiriman poslaju T-Shirt Harimau Malaya. Tak ramai pun pembeli jarak jauh, banyak orang terdekat je yang beli. Papepun, terima kasih kepada mereka yang sudi membeli.

Dan ini apa yang aku nak kongsikan bila aku parking motosikal di dalam kawasan pejabat pos tadi...

Selepas: Ditangkap pada 12 Mac.

Tertera papan tanda yang pernah masuk entri blog aku sebelum ni. Sekarang, papan tanda tu sudah diperbetulkan. Dulu, ada kesalahan ejaan yang terang-terang orang boleh nampak. Cuma, nampak tak berapa kemas macam sebelum ni je. Pelik juga kenapa huruf 'S' tiba-tiba tergedik berbanding huruf lain.

Sebelum: Ditangakap pada 14 Januari.

Di atas, gambar yang pernah dikongsi sebelum ini sebagai stok Rabu Yang Bisu #34 - Double A. Tahniah kepada pihak pengurusan yang prihatin pasal mende ni. Nampak remeh tapi boleh bagi kesan yang besar juga rasanya.

APAN menambah: Aku ambil cuti hari ni. Lama giler tunggu sebelum hujan reda. Kalau tak, tak makan tengahari la aku. Hujan deret dari pagi tadi sampai petang. Sekarang ni baru berhenti. Patah kaki ma kalau hujan-hujan gini. 

0 komen:

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP