Kelahiran Seekor Semut

>> 28 March 2012

Bagaimana seekor semut dilahirkan? Dalam kebanyakan spesies semut, hanya ratu semut yang bertelur. Jantan 'market' yang mengawan dengan si ratu kemudiannya akan mati, dan si ratu hanya akan mengawan sekali.


Semut pekerja bertugas mengumpul telur serta menjaga larva dan pupa. Pupa ialah kokun yang kelihatan seperti beras. Amat penting untuk ratu semut menghasilkan telur sebanyak mungkin kerana jangka hayat semut pekerja secara puratanya 2 hingga 3 minggu sahaja. Jadi, mereka perlu diganti untuk mengekalkan kelangsungan koloni.

Semut pekerja mula mengeluarkan pekerja baru.

Salah satu bahagian hujung dipercayai bahagian kepala semut mula kelihatan.

Skop kerja diluaskan kesemua bahagian.

Semut yang baru dilahirkan masih tidak boleh bergerak sendiri kerana kaki dan sesungutnya yang masih berlipat-lipat.

Ia dibantu keluar oleh semut-semut lain sementara ia akan menjilat dan meluruskan kakinya sendiri.

Semut-semut senior memberikannya peluang membiasakan diri dengan persekitaran baru.

Memulakan langkah-langkah kehidupan walaupun masih tidak dapat mengimbangi badan dengan baik. Selepas beberapa jam ia akan mampu berjalan dengan baik.

Buat sementara waktu, ia perlu tinggal di dalam sarang untuk belajar beberapa perkara sebelum mampu keluar mencari rezeki dan sebagainya. 

Jantan 'market' masa hadapan.


VIDEO KELAHIRAN SEMUT

Tak puas tengok proses kelahiran semut? Apa kata tengok proses kelahiran rusa pula. Kesimpulannya, tolong menolong amalan mulia :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP