Kim Jong-il Tiruan - Kim Young-sik Dan William Cheong

>> 13 March 2012

Kim Jong-il ialah pemimpin tertinggi Korea Utara dari tahun 1994 hingga 2011. Beliau meninggal dunia pada 17 Desember 2011 akibat serangan jantung. Sejak zaman pemerintahan Kim Jong-il lagi, telah wujud DUA orang klon 'Dear Leader' ini di atas muka bumi. Berikut antara kisah dan gambar-gambar menarik mereka yang dimaksudkan. Ada yang rasa beruntung memiliki iras seorang pemimpin Korea Utara ini, dan ada juga yang sebaliknya. Mari hati ke hati bersama Kim Young-sik dan William Cheong.

Kim Young-sik
Kim Young-sik ialah seorang pengukir di ibu negara Korea Selatan, Seoul yang telah 'menyamar' sebagai pemimpin Korea Utara, Kim Jong-il. Banyak pihak menyamakan beliau dengan pemimpin tertinggi Korea Utara itu, lantas beliau mendapat peluang untuk berlakon dalam filem, rancangan televisyen serta iklan komersial.

Beliau pernah tampil dalam rancangan TV Jepun, iklan komersial coklat di Timur Tengah dan sebuah filem Korea Selatan, The Rose of Sharon Blooms Again tahun 1995.

Kiri: Kim Young-sik; kanan: Kim Jong-il

Berbeza dengan pesaingnya, Bae Eun-sik yang banyak dibantu oleh bantuan kosmetik, beliau mendakwa bahawa dirinya lebih semulajadi. Rambutnya tidak perlu 'dikembangkan' (perm) dan tiada pembedahan plastik yang dilakukan. Malahan nama keluarganya juga sama - Kim, dan tidak perlu diubah. "Kadang-kadang saya berasa seperti saya Kim Jong-il." Bagaimanapun, beliau menegaskan agar tiada pihak akan tersinggung dengan apa yang beliau lakukan terutamanya tuan badan itu sendiri, Kim Jong-il. - olahan daripada Wikipedea

Kim Young-sik telah tampil dengan imej Kim Jong-il sudah lebih daripada sedekad

Bapa kepada dua orang anak ini berkata kematian Kim Jong-il membuatkan beliau berasa sebahagian daripada dirinya telah pergi.


Satu lagi kisah lelaki yang mempunyai raut wajah mirip Kim Jong-il:

LONDON: Rupa fizikal seorang lelaki yang kelihatan seperti bekas diktator Korea Utara, Kim Jong-il, menyebabkan dia hidup membujang sehingga kini. Bekerja sebagai tukang paip di London Barat, William Cheong, 43, ternyata gagal menarik perhatian mana-mana wanita yang melihatnya tidak lebih daripada 'jelmaan' Jong-il. Berasal dari Acton, Cheong berkata, sehingga kini dia masih bujang dan tidak mempunyai anak.

Kiri: Kim Young-sik; kanan: Kim Jong-il

Selain wajah, ketinggian Cheong juga sama seperti Jong-il, iaitu 1.6 meter. Dikenali sebagai KT di kalangan rakannya, Cheong berharap, kematian Jong-il akibat serangan jantung pada Disember tahun lalu mampu mengubah nasibnya.

Menurut Cheong, dia berasa sunyi - sama seperti watak diktator itu yang digambarkan dalam filem komedi aksi satira terbitan 2004, Team America: World Police. Katanya, walaupun mungkin ada sesetengah pihak menganggap persamaan fizikalnya dengan Jong-il sesuatu yang istimewa, dia sendiri tidak beranggapan begitu. Baru-baru ini, dia muncul dalam iklan untuk sebuah firma telefon Denmark dengan membawa watak Jong-il. - ringkasan daripada myMetro


Sepi tanpa teman hidup dan anak keran Kim Jong-il.  Cheong berharap dapat menarik perhatian wanita untuk mendekatinya.

Perbandingan: Kim Jong-il (tengah) dan dua orang kembarnya Kim Young-sik (kiri) dan William Cheong (kanan).

Sumber gambar: Kim Young-sik & William Cheong

Masing-masing beruntung sebab dapat tampil sebagai Kim Jong-il dalam tv, iklan komersial atau filem. Cuma Kim Young-sik lebih beruntung sebab jelmaan Kim Jong-il dalam dirinya tidak menghalang untuk beliau mendapat teman hidup dan bercahaya mata seperti yang diidamkan oleh William Cheong.

Mungkin ramai lagi yang mempunyai muka lebih kurang sama dengan Kim Jong-il. Di Malaysia ni pun entah-entah ada dua tiga orang. Tonjolkan diri anda. Mana tahu dapat tawaran berlakon ke apa. Aku memang tak serupa lansung. Kalau Kim Jae-joong mungkin la kot.

Ni ha si Jaejoong tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

  © Blogger template Webnolia by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP